Follow Button
Dashboard Button
Back to top
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, June 13, 2013

Man of steel & Pee Mak Movie Reviews




Salam malam buat semua,

          Harini aku nak buat entry review memandangkan lately aku selalu sangat tengok wayang + kebanyakan review movie yang aku tengok (Malay version especially) lebih kuah dari sudu. So ade baiknye aku buat my own movies review kan.  Dipendekkkan cerita petang tadi after siap sume urusan kat universiti aku dengan member pon pergilah GSC. Aku mmg suka tgk wayang time waktu orang bekerja ni coz dalam panggung tu akan x ramai orang , tempat duduk best pun banyak & terhindar dari bunyi² mulut orang memekak.. dan yang paling penting kalau tengok kat GSC, harga tiket dari RM13 akan berkurang jadi RM8 kalau tunjuk student card walaupun kau tu dah expired student. Tapi valid untuk movie 2D  yang ditayangkan sebelum pukul 6 PM jer, 3D x pasti pulak..



          First movie yang kiteorang tengok ialah cerita hantu box office Thailand, Pee Mak. Semalam aku baca kat blog Cik Epal die kemain puji lagi  citer ni… so layankan jelah ye dak. Lagipun member aku cakap hero cerita ni..  si Mario Maurer tu  ade iras muka aku.. lepas die cakap macam tu aku pun jadi bangang kejap & terus belanja die.. thanks sahabat sebab  buat hatiku ini berbunga seminit walaupun hakikatnya ia cacian semata. Demmm!


pee mak, mario maurer, movies, thailand ghost, horror movies 2013, box office movies

Genre : Comedy/Horror
Duration : 1 hour 50 minutes
My Rating :  7.5/10

Synopsis :
Filem ni sama je macam cerita hantu Nang Nak cuma versi kelakar dan hero dan heroinnya ditukar kepada versi handsome & cun-melecun. Mak tu nama si Mario dalam citer ni & Nak tu nama bini die. Cerita ni mengisahkan 5 jejaka sengal yang pergi perang & sepanjang perang tu muke diorang ni jelah yang asyik kene tembak. Nasib x mati.. dan antara 5 ekor ni, kalau ko tengok poster kat atas tu, yang paling kiri tu muka macam fizz fairuz kan haha. Aku tergelak je tengok sebab die dengan yang pakai tocang bunga sundal malam tu yang paling lawak dalam citer ni.. Bini si Mak ni pulak pregnant & mati time nak beranak (baby die tu aku pon x pasti syaiton ke manusia). So bila diorang ni balik bini die pun rileks jelah layan macam biasa sampailah rahsia dah terbongkar bila member si Mak ni semua siasat. Bila Mak ni tau rahsia yang bini dia tu sebenarnya hantu, die pun pasrah. Berbekalkan cinta yang mendalam, Mak ni pun rela hidup dengan si Nak hantu tu walaupun terpaksa mencekik daun kering cicah ulat sampah hari².

PEE MAK, MARIO MAURER
Diorang ni kalau x senyum lagi bagus aku rasa, buat kembang tekak je tengok gigi masing²

* Bagi aku kandungan filem ni ringan dan sesuai ditonton orang yang tengah sakit kepala. Pasangan couple dalam citer ni pun tersangalah sweet! kawaii seyh! Aku rase perempuan memang sukalah kalau tengok cerita yang jenis macam ni X)


Lepas tu kiteorang pun layanlah cerita yang baru je keluar harini, Man of Steel. All i can say, peminat cerita superheroes surely akan kata cerita ni best giler, tapi bagi aku cerita ni biasa je.. CGI effects yang giler gempak dalam cerita ni telah menutup segala kekurangan yang ada sekaligus menjadi kan cerita ni best!


superman moies, clark kent, kar-el, man of steel movies, man of steel donwload, man of steel review

Genre : Action
Duration : 2 hour 22 minutes
My Rating :  
       Storyline = 8/10
                   Action Scenes = 10/10
                                                 CGI Effects = 12/10 (extremely amazing!)
                       OVERALL RATING : 9/10

* Highly recommended to watch in 3D if u have no eye problems

Synopsis :
Filem ni macam cerita Superman yang sebelum ni jugak tapi versi baru. Hero citer ni lakonan Henry Cavill telah diberanakkan di planet Krypton, pastu bapak die campak die kat bumi. Motif nak selamatkan anak die. Kat bumi anak die ni dijaga oleh pasangan mandul yang ade bela sekor anjing yang x comel. Mak ayah angkat Superman ni sebolehnya rahsiakan identiti anak die. Tapi last² orang tau jugak. Mana taknye anak die tu langgar gunung, gunung berkecai, anak die bagus je sihat walafiat, demm. Kat Bumi nama Superman ni Clark Kent tapi kat planet Krpyton nama betul die Kar-El (ade iras nama aku kan! lepas je part bapak die bagi die nama Kar-El , terus aku feeling superman & hanyut dalam alam fantasiku sendiri haha )

Pastu ade pulak minah reporter busy body nama Lois Lane pi ikut Khalid eh Kar-El ni sampai tau semua rahsia mamat ni, naseb ko lawa. Then tetibe orang jahat pun datang nak serang Bumi kononnya nak jadikan Bumi ni planet Krypton yang baru, sambil² tu nak kidnap Superman. Bermulalah aksi gaduh secara berjemaah yang meriah sekali. Memang best. Loncat² aku dalam panggung. Disebabkan nama filem ni diambil sempena nama Superman + poster pun terpampang muke die sorang je. So lawanlah Naruto ke, Hagimaru ke confirm die menang. Lastly Clark Kent ni pun pilih untuk jalani kehidupan normal seperti manusia biasa dengan bekerja sama syarikat dengan wartawan chumel Lois Lane tu. Senang sikit nak ngorat ye dak haha.

 Lois Lane lakonan Amy Adams, chumel kan :)

* Jalan cerita agak berat dan memeningkan sikit kepala aku yang tengah pening ditambah pulak dengan term² macam krpyton, codex blablabla... ko namakan planet kau tu kak ton je kan senang!  Jalan cerita agak serius, x de unsur humour macam Ironman. Even cerita ni lama kemain tapi aku x rasa boring pun. Mula² jalan cerita mendatar tapi makin lama makin banyak action dan makin best sekaligus menjadikan cerita ni sebagai filem aksi wajib tonton kat wayang tahun ini! XD

P/s : Zeriously aku menyesal x tengok Man of Steel ni dalam 3D version.. ergh!

Saturday, June 1, 2013

Segmen : Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K



Assalamualaikum semua..

Memandangkan sekarang ni merupakan musim cuti sekolah dan hujung minggu,
tetiba rasa macam nak anjurkan 1 segmen untuk kawan-kawan blogger semua.
Satu segmen simple dimple ㋡
So jom ramai-ramai rajinkan diri join segmen yang Simple Gilos ni wokeyh! ^__^

Objektif segmen ini :

✔ meningkatkan kenalan blog selain dapat mengeratkan silaturrahim
✔ dapat berkenalan dengan blogger-blogger baru & lama
✔ dapat meningkatkan trafik/followers di blog

segmen, tambah followers blog, tambah PV blog, blogger baru, blogger otai

Syarat Segmen ini :

1. Tajuk Entry haruslah  >> Segmen : Mari Tambah Kenalan Blogger By Mr.K <<
2. Letak Banner Segmen   
    (Banner wajib di linkkan ke entry ini yer)
3. Letak JUMLAH FOLLOWER TERKINI 
    (Hanya tulis je pun boleh untuk lihat peningkatan)
4. FOLLOW blog ni kalau korang rasa blog ni Kool  ^__^
5. Letak link segmen dalam ruangan komen di bawah
6. Tarikh akhir : 30 June 2013


  SENARAI PENUH PESERTA 

 SEORANG TOP REFERRAL AKAN DIPILIH UNTUK DIBERI TOPUP RM10 

Simple kan?? Selamat Bersegmen!  ^__^


P/s : 1st time buat segmen ok.. the very the blurry actually haha..