19 . 3 . 2013 ~ Today is my birthday! teheee, nothing special this year but as usual bila tiba je hari lahir perkara kat bawah ni akan terjadi kan² :
Bila benda macam ni berlalu, maka tanpa diundang perasaan di bawah akan menerpa
Personally bagi aku salah satu kebaikan FB ni ialah ia dapat mengingatkan kita pada hari lahir seseorang. Sebab kalau nak ingat birthday semua orang memang x lah kan. Ini sedikit sebanyak buat empunya birthday rasa dihargai (nak² kalau crush wish, hambek ko. . . terus x tentu arah . . padahal die wish pun sebab pakcik FB yang bagitau) Even wishes korang tu kebanyakannya hasil peringatan pakcik FB, aku still hargainya sebab at least adalah juga effort yang dikeluarkan untuk wish ye dak. Frankly speaking aku pun sama, ingat Birthday orang sebab FB haha.
So thanks for the birthday wishes from everyone who noticed my name today
in the upper right corner of your FB page wokeyh! XD
Jutaan terima kasih juga diatas SMS, MMS dan hadiah² yang diberikan. Even hadiah tu bagi korang biasa² jer, tapi sangat besar nilainye bagi aku. . . Fyi, setiap tahun orang first yang wish birthday aku akan dapat hadiah but this year ramai pulak yang wish awal sehari *__* (invalid)
First wish yang aku dapat adalah daripada. . .
Thanks pakcik Google! Lepas ni saya akan lebih kerap menggunakan anda XD
Supposely ada banyak gambar aku nak letak dalam entry ni, tapi takde kamera nak ambil lepas kamera aku hilang + handset aku dengan selambanya aku basuh menggunakan mesin basuh. Sumpah frust ok! Itulah antara faktor utama kenapa aku jarang update blog dan juga Instagram
Btw, harini juga i'm a bit surprised to see my blog followers dah pun mencecah 7K. What a nice odd number, thanks korang!! So as a token of appreciation + aku x pernah review blog sesiapapun sebelum ni, aku nak reviewlah blog askar bertuah yang memegang angka 7K tersebut tapi cari punya cari x jumpa daaa blog die. . .
Nasib baiklah yang ke 7002 ni dapat dikesan, memang rezeki awaklah yer :-) Kat bawah ni merupakan salah satu header blog tersebut.
http://fiffy-athieyra.blogspot.com/ |
Kalau diikutkan maklumat yang ada, tuan blog ni namanya Fifi Athirah. Blog ini lebih berunsurkan keIslaman which is GOOD of course :-) Color pun mostly pink (kata gegurlkan) barulah terserlah ke-gegurlan-nya itu. Based on my stalking skills, aku rasa tuan blog ni memang ada pasang niat untuk pakai purdah kot (berdasarkan pic² yang ada). Abang doakan niat murni Izzah eh Fifi tu terlaksana k hiks XD
Hakikatnya, bukan senang ye nak pakai purdah ni, kene ada tahap iman yang kuat untuk istiqamah pakai pakaian macam ni. I know lah sebab my sister pun ada yang berpurdah meh. Cabaran pakai purdah ni pun sangat tinggi sebenarnya. Ujian pada si pemakai pun tinggi. Ikhlas dari hati, aku memang tabik spring & respek habis pada wanita yang berpurdah.
Gambar kat atas ni diambil semasa sambutan Hari Raya Aidilfitri yang lepas & makhluk² comel kat atas tu adalah anak buah a.k.a bantal peluk aku weee. Semoga dengan bertambahnya usia ini diharap bertambah jualah amal kebajikan yang akan aku kerjakan. #Amin :-)
P/s : Mulut ni still lenguh sebab hari ni sehari suntuk mulut ni asyik bercakap je.
Penangan Free Call dari Maxis!