Follow Button
Dashboard Button
Back to top
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, August 2, 2013

The Conjuring Movie Review & bla bla bla



Salam subuh buat semua,

          Lepas sahur tadi tetiba dapat hidayah pulak nak update blog weee. Malam semalam me & my friend decide untuk pergi tengok wayang cerita hantu yang baru je keluar dekat pawagam tajuknye The Conjuring. Bulan 7 sampai Raya aku agak free so hampir kesemua movie kat pawagam tu aku dah khatamkan.. selalunya aku pergi tengok waktu petang tapi x laratlah aku nak review semuakan. So just amik yang mana berkenan je. Selain filem aksi, aku ni memang minat giler cerita bergenre seram/horror (Cerita hantu melayu memang aku x minat sejak azali, sorry). Tengok rupa blog aku yang gelap macam kubur ni pun dah dapat agakkan haha.

          Antara sebab aku ni terpedaya untuk menonton filem ni sampai sanggup mensia-siakan 10 malam terakhir Ramadhan adalah kerana filem ni rating IMDb tinggi kot. Lepastu aku ada juga terbaca kat blog By Rawlins review movie ni. Dia bagi 5/5 tu.. best sangat ke cerita ni.. then buka twitter tengok movie ni no 1 trending kat Malaysia (kat negara lain movie ni bulan lepas dah ditayangkan) so lagilah excited nak tengok kan. Lepas solat terus gerak. Ingatkan memalam Ramadhan ni x ramailah orang rupanya ramai kemain. Pelik aku, ramai ambil cuti advanced kot. Bayangkan first time in my life nak beli tiket tengok tempat duduk satu panggung tu full.. nasib ade satu tempat kosong kat tengah & kat belakang, terpaksalah duduk asing dengan member.

The conjuring movie review, the conjuring movie premieres, horror movie 2013, james wan, gothic boy

          Nampak x tajuk entry ni ade perkataan bla bla bla, tu tandanya aku nak membebel jap ( even aku x suka dengar orang membebel lagi² perempuan, sorry^² ). Dalam panggung tu dah sesak satu hal, yang duduk sebelah kiri aku ni aku x taulah pangkat makcik ke akak kan tapi bau die ya ampun.. wangi sangat macam pontianak sebelum bertukar, pening kepala aku & sepanjang tengok movie ni aku asyik terkejut je.. bukan terkejut sebab movie ni tapi sebab dengar die menjerit kuat gile sampai bergegar kerusi! Perempuan lain pun menjerit juga tapi x adelah over sangatkan. So kepada kaum hawa di luar sana, kalau dah tau awak tu penakut x payah tengok cerita hantu ye, pi balik tengok teletubbies ke... ketuk² Ramadhan ke ade juga faedahnye.

          Sebelah kanan aku pulak ada pasangan kekasih Cina. Yang lelaki asyik bercakap je.. ching chong ching cheng.. yang makwe di pulak kan... setiap kali kali hantu nak keluar je dia akan cakap OHH OOO.. OHH OOOO... Rasa meriah sangat dalam panggung tu ok, dengan bunyi handset, jeritan attention seeker buat lawak tak jadi, sorakan x kene tempat... feeling kat funfair sangat²... demm!

Sepanjang tengok movie ni aku memang bengang je.. (muka ketat sambil layan background music ching chong ching cheng) tapi nak buat macam mana kan sharing is caring (tetibaa).

So here's the review :

The conjuring movie, the conjuring poster banner, horro movie 2013

          Filem ni telah diarahkan oleh James Wan anak kelahiran Kuching Sarawak, Malaysia. Dia ni jugalah pengarah Filem Saw yang super kejam tu. So far semua movie hantu yang dia buat aku suka + box office worldwide. Next year movie Fast & Furious 7 pun dia yang arahkan, cayalah ko Wan! Bagi aku filem ni antara filem horror dia yang paling aku suka selepas Saw.
That's mean filem ni MEMANG BEST OK.

Genre : Horror (18PL)
Duration : 1 hour 54 minutes
My Rating :
Storyline : 7.8/10
Horror Scenes : 8/10
OVERALL RATING : 8/10

Synopsis :
Filem ini dibuat berdasarkan kisah benar kes yang dikendalikan oleh Ed Warren dan bini dia Lorraine Warren. Pasangan suami isteri ni kerja diaorang tangkap roh hantu, setan, pelesit (kira bomoh versi mat sallehlah tapi versi yang kemas dan bebas dari bau kemenyan). Si Lorraine ni ada kelebihan ala six sense. Dia boleh rasa & nampak bende ghaib yang orang lain x nampak. Dalam banyak² kes diaorang tu ada satu kes yang paling teruk pernah dikendalikan & kes tersebut tidak pernah diceritakan kepada umum, lalu si James Wan ni pun buatlah movie ni untuk ceritakan pasal kes tu. 

The conjuring 2013, the conjuring movie scene, patrick wilson, vera farmiga, james wan

Al kisah ada satu keluarga ni  baru pindah ke satu rumah luar bandar yang dibeli secara lelong. Keluarga Perron ni ada 5 anak perempuan yang semuanya comel & cantik² belaka. Sepanjang berpindah ke rumah ni bermacam² perkara pelik lagi sadis berlaku kat family ni. Masa hari first pindah anjing die ni asyik menyalak je , then esok tengok dah mati kene bunuh. Malam first pindah bapak bebudak ni (Roger Perron) jumpa satu bilik rahsia kat bawah tanah lepas anak² diaorang ni main hand & clap and langgar dinding bilik sampai pecah. Brutal gak bebudak ni. Badan mak diaorang ni pula makin hari makin banyak lebam, x tau datang dari mana.

the conjuring, exorcism, horror movie, the conjuring movie scenes, ron livingston, lily taylor

Semakin hari semakin banyak benda pelik berlaku dan anak Perron ni lah yang jadi mangsa setan² tu. Sampai ade yang kene rasuk, kena belasah, kene cekik & so on. Dalam banyak² scene kan, scene kat bawah ni lah yang berjaya buat aku terkejut. Oleh itu, kepada kak bedah yang lemah semangat sekalian, make sure bawa plastik bag hitam siap² k, tiba je scene ni cepat² sarungkan kepala korang dengan plastik tu.

the conjuring movie, the conjuring horror scene, lily taylor, spirit of coins, exorcism, demon , satanic rituals

Sebab dah x tahan dengan dugaan hidup tinggal serumah dengan setan sadis, mak bebudak ni (Carolyn Perron) pun mintalah pertolongan Ed & Lorrainie. Seperti diduga, rumah kalau cantik pastu dijual murah confirm banyak jembalang tanah dalam tu. Rumah yang diorang duduk tu rupanya dimiliki oleh pemuja syaitonn. Macam² kes ngeri dah berlaku dalam tu & sesiapa yang tinggal kat rumah tersebut akan terkena sumpahan + hidup sentiasa didampingi roh jahat. Ching chong ching cheng lepas dah macam² usaha dibuat akhir sekali si Ed & Lorrainie ni terpaksa berhadapan dengan bapak segala setan yang dah masuk dalam badan Carolyn ni. Part ni lah yang paling banyak scene horror lagi brutal. Sepanjang scene ni aku rasa sedih je tengok Carolyn ni kena rasuk..
hazab sesangat..

the conjuring movie, the conjuring horror scene, lily taylor, spirit of coins, exorcism, demon , satanic rituals, baptize, the conjuring actor and actress

          Dipendekkan cerita, si Ed ni pun terpaksalah buat exorcism dekat Carolyn. Nak tunggu paderi datang lambat kemain. Tapi x berapa nak berkesan sebab bapak setan ni kuat giler. Kejadian jadi lagi teruk bila si Carolyn ni sanggup nak bunuh anak sendiri. Tapi akhirnya kuasa setan durjana tu berjaya ditumpaskan dek kerana sifat penyayang yang sangat tinggi dalam diri beliau. Part akhir ni je yang aku rasa slack sikit, kalau x dah bagi full rating dah. Cara si Carolyn ni sembuh dari rasukan macam agak mudahlah huhu. Lastly family Perron pun hidup aman damai seperti sediakala. Happy Ending! Teheeee. Filem ini diakhiri dengan gambar mangsa kejadian yang sebenar serta keratan akhbar hasil kajian pengarah filem.


Annabelle real doll, haunted doll, scary doll, scary pictures, chucky, the conjuring annabelle, ed warren, lorraine warren, creepy puppet

Actually filem ni dimulakan dengan cerita pendek mengenai patung Annabelle, salah satu kes yang dikendalikan oleh Ed & Lorraine, tapi aku x berapa nak faham cerita patung tu sebab suasana dalam pawagam macam kat funfair. Korang bolehlah rujuk artikel kat bawah ni yer untuk lebih faham mengenai kisah patung berhantu tu sebelum menonton :-)

The True Story Of Annabelle, The Haunted Doll From THE CONJURING ]

* Sinopsis ni aku buat untuk beri korang gambaran kasar jalan cerita filem ini secara santai. Nak tau dengan lebih detail jalan ceritanya bolehlah pi tengok movie ni ok. Selalunya cerita hantukan banyak aksi x senonoh tapi filem ni bagus, x de pun aksi² macam tu. Make sure korang tengok just for fun ye sebab boleh rosak akidah kalau korang percaya benda² pemujaan exorcism yang dilakukan dalam movie ni. As for me, i think this movie is worth watching & a must watch horror movie this year! 


P/s : Raya tahun ni x berapa bestlah sebab my ex dah tiada  :'-(