Follow Button
Dashboard Button
Back to top
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 17, 2013

Bunuh Filem Melayu



jump building, killing , suicide


Fikiran menerawang. Kepala pusing.. mata merah.. yes im sick.. still. High fever, almost 5 days dah terlantar atas tilam.. melihat kipas siling berputar.. putaran menentang arah jam.. lifeless.. boringnyer rasaa.. should i just kill myself.. yes bunuh diri.. mati.. (if matilahkan) then?

hmmh.. nice poster, 2 insan x dikenali.. elok paras rupa, persis pensinetron dari seberang..wateva. Wei nak tengok citer ape ni. Citer omputih le apeke lagi.. Citer Kil ni baru keluar ko x nak tengok ke..Mat Salleh Celup tol, support lah sket filem melayu. Movie melayu ke tu?.. Yes Kil is Malay Movie. Bunuh Filem Melayu ada paham. Sorry la, aku kalau citer melayu ni ada takut sket nak tengok kat wayang, bukan apa.. risky haha.

Yes, sepanjang aku keluar masuk pawagam, seingat aku ade satu filem melayu je yang pernah aku tengok. Magika. Indah khabar dari rupa. Keluar panggung menyesal 3 tahun. Don't blame me ok, penniless student of courselah pelaburan dibuat pada yang terbaikkan. Anyway nice try KRU Studios coz ure the only malaysian movie production yang berani ambil risiko buat filem² macam tu.

Kepala masih pusing. Kil movie online..   ENTER!   Adalah tehee, thanks pak cik google!  I know it's kinda lame right. Filem keluar awal tahun aku tengok hujung tahun then siap nak buat review bagai haha, ada ke orang yang nak baca? entah² ko sorang je yang x tengok lagi.. phuiii. Persetankan semua itu #aderakukeysah


Kil, sebuah filem yang boleh dikategorikan sebagai indie urban love. Susah untuk aku labelkan filem Melayu sebagai best. Tapi filem ni lain, subdued and almost dignified. Jalan cerita unik. Sinematografi yang menarik. Lakonan bersahaja. Vintage, rasa macam tengak video kat instagram pulak. Buang ego dan mengaku yang filem ni best. Filem melayu yang best. Menyesal x tengok kat wayang dulu. MSC katanyer. POYO

Filem ni dilakonkan oleh Redza Minhat (x kenal tapi pernahlah dengar nama die before) & Cristina Suzanne (x pernah tau pun dia ni wujud) Sweet giler diorang dalam movie ni.. x ade pun nak jiwang² sangat. Sempoi je bercinta. Everytime they make a conversation, aku plak yang feeling dejavu.. rasa macam pernah lalui situasi yang sama.. maybe.. tapi entahlah.. Btw heroin filem ni cantikkan :) ade iras member sekelas aku si Aimy Khalid namanya. Rupa, style cakap.. semua samalah. Kembang seminggu kalau die baca ni. Berkat nama bapak die Khalid lah tu kan haha

Tapi kenapalah diorang berdua ni jarang nampak kat TV. Maybe sebab si Redza ni dah ada kerjaya tetap sebagai pegawai bank kot.. or maybe memilih watak.. insecure perhaps. Si Cristina ni pulak maybe selalu dapat tempahan buat kek lapis, x pun chocolate moist.. sesuka hati aku je kan. Pujian yang seterusnyanya harus diberikan kepada pengarah muda Nik Amir Mustapha kerana mampu memberi nafas baru kepada industri perfileman tanah air. Kil ni filem pertama arahan dia tuu, x lama lagi akan keluar filem arahannya yang kedua bertajuk Terbaik Dari Langit. Just can't wait to watch it. Kat bawah ni aku tepekkan poster filem tu. Muka memasing macam nak ambil gambar IC lol. Kepada yang x tengok lagi filem ni bolehlah layan full movie yang aku letakkan kat bawah tu ye. Happy Watching! :)


kil movie poster, malay movie, review kil movie, redza minhat, Cristina Suzanne Stockstill, Nik Amir Mustapha, kris cempaka

Sinopsis

Akil (KIL) adalah seorang lelaki muda yang tertekan dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri, tetapi dia tidak pernah berjaya untuk melakukannya. Cubaannya untuk membunuh diri sentiasa gagal sehingga dia menemui penyelesaian yang sempurna: agensi pembunuhan aneh yang membantu orang untuk membunuh diri. KIL bersetuju dengan syarat-syarat yang diletakkan oleh syarikat tersebut. Pembunuhan akan dipelihara sebagai sulit. Dia tidak akan tahu maklumat tentang siapa pembunuhnya atau bila dia akan mati. Ini adalah ideal untuk KIL. Namun segalanya berubah apabila dia mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang  ditemuinya secara kebetulan, Zara. KIL mula was-was untuk mati.





Selain Bunuh Filem Melayu, dalam entry ni jugak aku nak cerita sikit mengenai filem/drama yang boleh Membunuh Pemikiran Orang Melayu. So aku nak sharekan sikit artikel yang telah ditulis oleh saudara Mizan Hashri di FB beliau. Bagi aku pendapat yang dia lontarkan dalam artikel tersebut sangat bernas. Actually dah lama benda ni terbuku dalam benak fikiran aku ni cuma x terluah je. Fikir-fikirkan dan Selamat Membaca :)


teduhan kasih, love u mr arrogant, playboy itu suami aku, drama melayu

Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, wakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan. 

Antagonis menggoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korporat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000. 

Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik. 

Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton. 


Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini 
(dipilih secara rawak tanpa kronologi) :

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)

Sementara itu drama TV Amerika pula :

House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhtiar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan. 

Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi. 
Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama TV Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.

Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak menggalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyuburkan budaya saintifik. 


Produktiviti

Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru' untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka.
Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun. 
TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.


Bahasa Inggeris

Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.
Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja. 

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?

Entah lah.. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu menggunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi..


P/s : Dalam hidup ni memang kita tak dapat lari dari membuat pilihan.. moga pilihan yang aku buat ini merupakan pilihan yang tepat.. dan moga sakitku ini cepat sembuh hendakNya. Amin.. sobs