Follow Button
Dashboard Button
Back to top
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, February 16, 2014

Muslim Niaga : Platform Dropship Produk Islamik


muslim niaga, perniagaan dropship, dropship bussiness, perniagaan dalam islam, muslim market, produk islamic, muslim products


Perniagaan merupakan aktiviti yang sangat digalakkan dalam Islam kerana ianya merupakan ibadah dan juga sunnah Rasullah SAW. Banyak ayat dan hadis yang menyokong aktiviti ini kerana perniagaan dianggap sebagai penyumbang punca rezeki yang paling banyak. Rasulullah SAW pernah bersabda dalam satu hadis yang bermaksud: “ 9/10 rezeki itu adalah datangnya daripada perniagaan. ” (Hadis riwayat Tirmizi).

Perniagaan yang dilakukan dengan niat yang ikhlas serta bersesuaian dengan kehendak syari'at Islam juga akan mendapat keredhaan Allah. Ini selari dengan satu kaedah fiqh yang berbunyi:

Sesuatu itu menjadi wajib apabila yang wajib tidak dapat dilaksanakan tanpanya. "

Dewasa ini, perniagaan secara online merupakan satu perkara yang tidak asing lagi. Sesuai dengan peredaran zaman, perniagaan online semakin mendapat tempat dalam kalangan masyarakat Malaysia mahupun dunia kerana pembelian secara online lebih mudah dan menjimatkan masa.

Hakikatnya aku sendiri boleh dikategorikan sebagai pembeli tegar barangan online. Sebabnya kalau beli online ni x payahlah nak kene keluar rumah, keluar duit minyak, menghadap traffic jam, cari parking semuakan, jimat masa. Lagipun tak semua benda yang kita nak beli ade dijual di Malaysia kan, so nak x nak kenelah beli online from oversea. Lagi satu kebanyakan barangan online yang aku beli harganya jauh lebih murah dari yang dijual kat kedai, maybe sebab kalau meniaga kat kedai kan nak kene bayar bil api, air sewa bagai.. tapi kene pandai cari seller la, lagipun kat Malaysia sekarang ni kan semua orang sibuk pakat nak meniaga online.. Nasi lemak sekarang ni pun ade dijual online k.. wawasan 2020 sangat..


muslim niaga, perniagaan dropship, online marketing, dropship business, perniagaan dalam islam, platform dropship, produk islamic, muslim products

Mesti korang tertanya-tanyakan apa itu Muslim Niaga? Jom layan video bawah ni :



          Muslim Niaga merupakan satu platform perniagaan online yang menyediakan peluang perniagaan berbentuk dropship dalam memasarkan produk-produk islamik dan sebagainya. Bagi mereka yang ingin mengorak langkah dalam memulakan perniagaan secara online tetapi tidak tahu bagaimana nak mula, atau tiada produk mahupun modal.. anda sekarang berada di landasan yang betul kerana Muslim Niaga menyediakan satu platform perniagaan online secara "dropship".

Apa itu "dropship"?

          Dropship adalah teknik pembekalan barangan terpilih di mana anda selaku penjual tidak perlu menyimpan stok. Dropship memerlukan anda mempromosikan barang tersebut dilaman sosial, laman-laman pengiklanan dan sebagainya. Sesuatu yang menarik, anda tidak perlu beli stok ataupun menyimpan stok. Anda hanya perlu ambil gambar produk tersebut dan iklankan. Bila ada tempahan produk atau pembelian dari pelanggan, segala proses pembungkusan dan penghantaran akan dilakukan oleh pembekal. Sebut pula mengenai harga, anda akan jual produk tersebut menggunakan harga pasaran dan membayar pembekal barangan tersebut menggunakan harga kos. Menarik bukan? Anda boleh lihat carta aliran di bawah bagi mendapatkan gambaran yang lebih jelas mengenai sistem dropship yang ditawarkan oleh Muslim Niaga  =)


muslim niaga, perniagaan dropship, dropship business, perniagaan dalam islam, platform dropship, dropship system, produk islamic, muslim products, online marketing

Untuk menjalankan perniagaan dropship ni anda tidak memerlukan produk, malah tidak perlu menyimpan produk pun. Semua produk akan disediakan oleh Muslim Niaga.

Terdapat 3 pakej yang ditawarkan oleh Muslim Niaga dengan harga berpatutan yang boleh anda pilih :

1)  Pakej Asas bernilai RM450
2)  Pakej pro bernilai RM670
3)  Pakej Premium bernilai RM880

Jika anda mempunyai produk pula, anda boleh bekalkan produk tersebut kepada Muslim Niaga. Tiada kos tambahan akan dikenakan oleh Muslim Niaga. Malah Muslim Niaga tidak mengambil sebarang keuntungan terhadap produk yang anda bekalkan. Anda hanya perlu daftar melalui pakej premium Muslim Niaga untuk menjadi pembekal. Syarat tambahan untuk menjadi pembekal ialah anda perlu mengaktifkan kedai online anda selama 6 bulan sekaligus (jimat RM60 berbanding pengaktifan kedai online secara bulanan). Bagi pakej serendah ini, anda bukan sahaja dapat menjual produk sendiri, anda juga akan mendapat agen baru untuk mengedar produk jualan anda. Selain itu, anda juga boleh menjual produk-produk yang sudah tersedia di kedai online anda.

Apabila anda mendaftar pakej premium Muslim Niaga, anda juga akan menerima satu website yang dikenali sebagai kedai online. Di bawah merupakan salah satu contoh kedai online tersebut dan juga testimoni para pelanggan yang berpuas hati dengan perniagaan dropship dari Muslim Niaga =)

 Contoh Kedai Online Peniaga Dropship Muslim Niaga

muslim niaga, perniagaan dropship, dropship business, perniagaan dalam islam, platform dropship, produk islamic, muslim products, online marketing

Testimoni Pelanggan

muslim niaga, perniagaan dropship, users testimony, perniagaan dalam islam, platform dropship, produk islamic, muslim products, online marketing


Bagi anda yang berminat dan ingin mengetahui dengan lebih lanjut lagi mengenai Muslim Niaga,
anda boleh layari rangkaian laman sosial di bawah :

Website : Muslim Niaga
No.tel : 011-14260161
FB Fanpage : Muslim Niaga
Twitter : @mndropship
Service Muslim Niaga : Kedai Online,Design,Training Online,
Pembekal,Seminar Mentor Dropship,Train usahawan,Trading


Renungan Bersama :


doa harian, muslim life, love islam, pray,


Salah satu istilah yang sering digunakan dalam helaian al-Quran untuk memerihalkan amal soleh demi meraih keredaan dan rahmat Ilahi adalah perniagaan. Firman Allah SWT yang bermaksud:

Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya). ” (Surah Faathir, ayat 29-30)

          
          Oleh yang demikian, berniaga bukanlah untuk mencari untung semata kerana di dalam perniagaan tidak semestinya kita sentiasa mendapat keuntungan. Dalam perniagaan sering juga kita menghadapi kerugian. Tujuan perniagaan menurut Islam sebenarnya adalah untuk memperbesar dan memperluaskan lagi aktiviti syariat dengan tujuan beribadah bagi memperoleh pahala berlipat ganda. Justeru di dalam perniagaan, hendaklah kita sentiasa mencari keredhaan Allah dengan niat dan perlaksanaan yang betul.. 

Renung-renungkan & Selamat Beramal!  ^___^