Follow Button
Dashboard Button
Back to top
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Friday, June 27, 2014

Buffet Ramadhan Casa Ombak

Buffet Ramadhan casa ombak, ombak creative, wedding planner, event planner, buffet murah sedap, dekorasi, photo booth, birthday planner

          InsyaAllah hari ahad ini aka lusa umat islam di seluruh Malaysia akan menyambut bulan Ramadhan Al-Mubarak, bulan mulia yang juga merupakan penghulu kepada sebelas bulan yang lain. Bila tiba bulan puasa je mesti terkenang nostalgia lama zaman kanak-kanak, bila dah nak masuk waktu berbuka terus gelabah, tak menang tangan semua benda yang boleh dimakan akan dimasukkan ke dalam pinggan.. sudahnya makan kuih je dah kenyang haha pastu dapatlah ceramah free dari Ayah.. tapi hakikatnya bila dah dewasa ni aku maintain jer over excited  kalau nampak kepelbagaian makanan, tapi pandailah aku coverkan and setakat ni segala juadah yang aku ambil kalau rasanya sedap memang habis aku makan tapi kalau rasanya macam makan kayu je memang ke laut lah jawabnye.. So kepada insan yang bernama +Khalid Kyle tu, sedarlah wahai saudara sesungguhnya kita makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan!

Cakap pasal juadah ni kan, bila tiba bulan puasa mesti ramai yang tercari-cari tempat yang menawarkan juadah berbuka yang menarik dengan harga yang berpatutan betul tak, bagi mengelakkan korang dari pergi ke tempat2 yang menjual makanan perisa kayu jati mahupun plastik pvc, ada baiknya korang teruskan membaca entry ini...


Buffet Ramadhan casa ombak, ombak creative, wedding planner, event planner, buffet murah sedap, dekorasi, photo booth, birthday planner


Casa Ombak vs Ombak Creative.


          Ape pulak Ombak Creative ni.. Mesti korang peningkan dengan lambakan perkataan Ombak dalam entri ni, meh sini aku bagitau hehe. Ombak Creative merupakan sebuah syarikat event dibawah pengurusan Casa Ombak Sdn. Bhd. yang mana ianya merupakan anak syarikat yang telah lebih 10 tahun stabil dalam menjalankan servis seperti merancang perkahwinan, cooperate dan personal event. Harga servis juga berpatutan bergantung kepada budget pelanggan. Berbekalkan motto "Your True Experience" syarikat ini optimis bahawa pelanggan pastinya akan berpuas hati dengan kualiti servis yang mereka tawarkan :)


casa ombak, ombak creative, wedding planner, event planner, buffet murah sedap, dekorasi, photo booth, birthday planner


Buffet Ramadhan Casa Ombak



casa ombak, ombak creative, masakan kampung, wedding planner, event planner, buffet murah sedap, dekorasi, photo booth, birthday planner


          Dalam sebulan berpuasa, pasti akan ada beberapa hari yang korang akan rasa nak berbuka something special dekat luar bersama ahli keluarga, rakan-rakan dan saudara-mara. Tak kurang juga yang mahu mengadakan jamuan berbuka puasa tetapi masih tercari-cari lokasi yang sesuai dan menepati citarasa. Jadi kepada warga KL dan yang sewaktu dengannya, tak payah peningkan kepala korang kerana Ombak Creative menyediakan beraneka jenis juadah berbuka puasa yang pastinya menambat selera. Buffet Ramadhan di sini juga berkonsepkan masakan kampung.. sedikit sebanyak dapatlah menjadi pengubat rindu korang pada kampung halamankan. Selain menyajikan kepelbagaian juadah, 'instant cook stall corner' juga turut disediakan oleh Chef berpengalaman bagi membolehkan para pengunjung menikmati juadah masakan panas. Kesemua servis ini ditawarkan dengan harga yang sangat berpatutan. Pengunjung juga akan dapat menjamu selera sambil dikelilingi suasana garden yang santai di tengah-tengah bandar raya Kuala Lumpur yang sememangnya awesome! Disamping itu, Casa Ombak juga turut menyediakan tempat meletak kenderaan, kemudahan wi-fi serta surau bagi memudahkan para pengunjung menunaikan ibadah solat dengan sempurna. Apa ertinya berpuasa kalau kita tidak mengerjakan solat kan, jadi sambil menjamu selera tu kewajipan bersolat wajib diutamakan. Buffet Ramadhan Casa Ombak ini beroperasi setiap hari bermula dari jam 6.30 petang sehingga jam 10.30 malam.


Buffet Ramadhan Casa Ombak, facilities ombak creative, buffet murah sedap, casa ombak, ombak creative, wedding planner, event planner, dekorasi, photo booth, birthday planner


Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak


buffet murah sedap, casa ombak, ombak creative, wedding planner, event planner, dekorasi, photo booth, birthday planner

Harga Buffet Ramadhan Casa Ombak ini bermula dari RM55 untuk dewasa dan RM27 untuk kanak-kanak
(5 hingga 12 tahun) serta tiada bayaran dikenakan bagi kanak-kanak yang berumur kurang daripada 5 tahun.

Tempahan buffet ini adalah terbuka buat semua dan boleh ditempah secara individu, berkumpulan, 'family' mahupun syarikat. Oleh itu, kepada anda yang berminat untuk membuat tempahan awal Buffet Ramadhan Casa Ombak ini bolehlah hubungi pihak Casa Ombak dengan segera di talian seperti yang tertera di bawah :

Call/Whatsapp : Akma Omar 013 2680001
Tel : 03 21818750
Call/Whatsapp : 013 624 1417
Call/Whatsapp : 012 662 1062
Facebook page : Ombak Creative
Website: www.OmbakCreatives.com


buffet murah sedap, casa ombak, ombak creative, wedding planner, event planner, dekorasi, ala garden, photo booth, birthday planner


Peta Lokasi Ombak Creative (Casa Ombak)


Lokasi Ombak Creative terletak di alamat Casa Ombak Banglo, No. 22, Jalan Damai off Jalan Ampang. Ianya merupakan lokasi 'event' yang berkonsepkan 'ala garden'. Bagi anda yang tidak pasti lokasi di mana terletaknya Casa Ombak, silalah rujuk peta lokasi dan Google Maps di bawah :

Buffet Ramadhan Casa Ombak, Ombak Creative, catering, events planner, wedding planner, buffet murah sedap




 Jangan lupa untuk memanfaatkan 'GPS navigator' pada gadget2 canggih yang dimiliki. Anda juga boleh menggunakan aplikasi seperti Waze, MapFactor, MapQuest dan sebagainya dalam misi pencarian ataupun mengambil jalan mudah dengan bertanyakan orang sekeliling :)


Buffet Ramadhan casa ombak, ombak creative, wedding planner, event planner, buffet murah sedap, dekorasi, photo booth, birthday planner


Menu yang pelbagai dengan harga yang berpatutan ditambah pula dengan kedudukan lokasi yang strategik lagi mendamaikan sudah cukup untuk menambat hati sesiapa sahaja yang mendengarnya. Jadi apa tunggu lagi, jom kita ramai-ramai kasi serbu Buffet Ramadhan Casa Ombak @ Jalan Damai KL ini !!!

***
Kepada para blogger yang membaca entry ini, jangan lupa untuk terjah blog sifu seo sis +Akma Omar kerana beliau ada menganjurkan satu contest menarik dengan tawaran hadiah yang sangat lumayan :) Di kesempatan ini juga aku ingin mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak 1435H buat semua pembaca blog #aderakukeysah. Moga Ramadhan ini menjadi akademi untuk kita melengkapkan kewajipan yang selama ini kita abaikan. Ku akhiri kalam ini dengan serangkap pantun daripada Puan Saknarin MarnyaPon aka Kak Pon :


Buffet Ramadhan casa ombak, ombak creative, wedding planner, event planner, buffet murah sedap, dekorasi, photo booth, birthday planner, lelaki bertudung, pantun lawak


Sekian wabillahitaufik-walhidayah, wassalamualaikum warahmatullah-hiwabarakatuh. (>‿◠)✌ 


Contest Duit Raya Casa Ombak ini dianjurkan oleh AkmaOmar.com, ditaja oleh Pengurus Perkahwinan Ombak Creative, Lelaki Kacak, Roti Boom Asli, Custom Tshirt, Denaihati.com, Inspired Magazine, Profhariz.com, KitePunye.com, Zoncinta.com, Jawatan Kosong Kerajaan, Exam PTD


Jom Bergaya Dengan Kasut SNEAKERS!



zalora, sneakers, skate, indie, old school, dope, men styles


          Seingat aku lah kan masa aku kecik dulu sekitar akhir tahun 1990-an sneakers ni memang popular. Time tu sape yang pakai kasut sneakers ni memang kira kool habislah. Sneakers ni muncul sebagai antara jenis kasut yang bukan sahaja menarik minat orang ramai malah menjadi kasut paling popular pada waktu tu. Kemunculan sneakers boleh dikatakan agak tiba-tiba namun yang paling penting demam sneakers menular dalam kalangan masyarakat dengan cukup pantas sekali! Sneakers ni begitu popular dalam kalangan pelajar tidak kiralah sama ada pelajar sekolah mahupun pelajar universiti dan kolej. Namun jika diingatkan kembali pernah tak korang terfikir kenapa ia begitu terkenal dalam kalangan orang kita? Kalau hendak dilihatkan sejarahnya kasut ni bukanlah ada kaitan pun dengan pakaian tradisional kita. Malah jika hendak disamakan dengan kasut tradisional kita seperti selipar mahupun capal pun jauh sekali.


zalora, sneakers, skate, indie, old school, dope, men styles

          Namun apa yang dapat dipastikan ianya terlebih dahulu dikenali di luar negara. Oleh itu agak selamat jika dikatakan sneakers yang ada di Malaysia pada waktu itu dan sekarang ini adalah hasil daripada ciptaan luar. Kini lambakan sneakers yang ada di Malaysia yang datang daripada pelbagai jenama tempatan secara jelas mendapat inspirasi daripada produk sneakers jenama luar negara. Jika wanita gemar memakai high heels atau kasut tumit tinggi, sneakers pula adalah kasut kegemaran para jejaka. Mereka betul-betul menggilai jenis kasut yang satu ini maybe sebab keselesaan yang dapat dirasai pada bahagian kaki dan tapak kaki ketika memakainya. Sneakers yang berkualiti tinggi amat sedap untuk dipakai hampir setiap hari. Ianya juga cukup versatile untuk dipakai hampir ke mana jua. 


zalora, sneakers, skate, indie, old school, dope, men styles

Jika anda sedang mencari sepasang kasut SNEAKERS dengan kualiti yang terbaik anda boleh dapatkannya di Zalora Malaysia kerana website ni mempunyai koleksi kasut sneakers for men online daripada pelbagai jenama terkenal. Harga? Jangan risau kerana harga yang ditawarkan juga adalah sangat murah dan berpatutan! ♥