Berbanding wanita, kebanyakan lelaki tidaklah terlalu menggemari shopping. Sebabnye golongan lelaki ni mempunyai sifat yang hanya akan beli jika memerlukan dan bukan membeli ikut hawa nafsu semata-mata. Itulah perbezaan yang sangat ketara antara lelaki dan wanita when it comes to shopping. Nafsu lelaki kan 1 je as compared to women = 9.. x gitu. kehkeh *matilah den kene argue dgn angkatan wanita sedar semalaysia XD
Back to our topic, sejak kebelakangan ini kita dapat lihat trend popular online shopping Malaysia melanda seluruh negara. Ianya bermula dengan kemunculan website online shopping Malaysia di internet yang banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan. Golongan lelaki pun x terkecuali terkena demam online shopping ni ok. Actually aku sendiri pun selalu gak usha2 fesyen lelaki yang ade kat tenet tu even most of the time ended up x beli pun, but frankly speaking i do love online shopping.
Jom baca sebab mengapa trend fesyen lelaki semakin popular sekarang ツ
Bagi lelaki yang bekerjaya, kadang-kala agak susah untuk membahagikan masa apabila sudah bekerja. Kalau dibandingkan dengan time belajar dulu keadaannya cukup berbeza kerana tidak terlalu terhimpit dengan jadual dan tekanan kerja macam sekarang ni. Kengkadang tu aku tengok sampai berbulan-bulan aku x beli something yang diperlukan, ex macam pakaian, asyik duk pakai baju recycle je.. mainly sebab x de masa + x de mood nak keluar. Tapi tu dululah sebab sekarang ni aku selalu je online shopping even time tengah meeting lol. Lebih mudah dan x payah nak keluar cari parking bagai!
Proses pembelian secara atas talian yang mudah dan selamat memberikan keyakinan kepada pengguna kat Malaysia ni untuk shopping secara online. Malah proses penghantaran yang pantas terus ke rumah mahupun pejabat cukup memudahkan!
Proses memilih adalah antara yang menjadi halangan. Bayangkan jika shopping di luar, korang terpaksa lihat dan belek satu demi satu dan ini memerlukan masa serta tenaga yang banyak. Dengan online shopping korang hanya perlu browse dan scroll jer, dan jika ada yang berkenan terus beli. Mudah bukan? ♥