Follow Button
Dashboard Button
Back to top
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Tuesday, July 7, 2015

Sayu Hari Raya Pertama dengan PhD


السلام عليكم

Salam Ramadhan buat kesayanganku semua. Harini as usual, lepas terawih merupakan waktu untuk aku bermalas-malas sebelum tido. Kalau x main whatsapp, aku akan buka fb untuk lihat kalau2 ade org message ke kan.. (selalunya nan hado lol). Tapi tadi ketika tengah leka scroll timeline, aku ternampak post seorang kenalan fb yang di sharekan ke group phd support group, bebudak postgrad tau la group ni. Bila baca perkongsikan tu, aku terasa sedikit sebak mengenangkan apa yang telah beliau lalui. Sungguh beliau wanita yang tabah. Benar kata org, menuntut ilmu di perantauan menuntut banyak pengorbanan. Sayangnya muda-mudi masa kini selalu beranggapan mereka yg study kat oversea tu happy belaka, yelah dapat main salji.. elaun pulak beriban.. boleh melancong sana sini.. bestnye grrr.. tapi hakikatnya.. mereka yg melaluinya sahaja yang tau. Kalau diorng share pic lambakan chapter thesis yg x bertaip, senarai references yang tunggang-langgang, ade ke org yg sudi nak taipkan, nak betulkan? Kalau share pic duit saku yg tinggal cukup2 makan, ade ke sahabat handai yg sudi nak bankin kan? Jawapannye TIADA. So, ada baiknya diorg share pic posing ala2 frozen di tepian salji, berdiri sambil cekak pinggang depan stadium Manchester United, x pun lompat bintang secara berjemaah depan Eiffel Tower ~ dapat gak buat korang yg x memberi sumbangan ni makan hati, x gitchew haha.

Yes, I do agree. Decisions are the hardest thing to make, especially when it is a choice between where you should be and where you want to be..

Moga coretan fb sis yani ini menjadi pedoman pemangkin semangat buat sang penuntut ilmu  ☼ 


gambar gif bergerak bunga api hari raya, suasana malam hari raya

Hari raya dengan PhD..

Waktu kalau boleh diputarkan kembali, saya mahu kembali kepada saat diri ini masih belum beroleh PhD. 

Kenapa?

Tahun 2008, saya ditawarkan tempat untuk melanjutan pengajian master di Belanda selama 1 tahun ½. Saya pergi, meninggalkan bayi 9 bulan dalam jagaan ibu dan suami kerana visa tidak membenarkan saya membawa mereka ke sana atas alasan master adalah pelajar dan bukan pekerja.

Akhirnya saya pergi jua dengan linangan air mata, mengharapkan jihad untuk masa depan saya akan diredhai dan Allah akan memudahkan pembelajaran saya. Alhamdulillah, perpisahan mengajar erti sabar dan toleransi buat pasangan yang telah berkahwin seperti kami. Bagi saya, selepas 6 bulan berpisah, tiada apa yang saya inginkan selain menjadi ibu yang lebih baik. Setiap waktu yang terluang, selepas menyiapkan hal ehwal pelajaran, saya akan masak dan habiskan masa bersama keluarga.

Saya berjaya habiskan pengajian Master pada Mac 2010, dan pulang seketika untuk menghabiskan masa bersama keluarga kerana akan meneruskan pengajian PhD di tempat yang sama selama 4 tahun. Waktu itu, saya ada utarakan pada suami, 4 tahun itu lama, bagaimana harus kita jalani kehidupan kita tanpa orang tua di sisi selama masa itu? Adakah mereka akan tetap sihat sehingga saya habis belajar? Suami dengan tenang menjawab, sama-sama kita berdoa yang Allah akan panjangkan umur mereka.

Alhamdulillah, pada Mei, 2013 saya diberikan rezeki untuk membawa kedua ibubapa saya ke Belanda. Bayangkan selepas 3 tahun tidak bertentang mata, dan saya pun sudah ada satu lagi cahaya mata, sudah pasti saya akan merasa amat teruja bertemu orang tua. Perkara pertama terpacul di mulut saya tatkala berjumpa kedua ibu bapa ialah, “Ma Nampak tua.” Apapun seronok ibubapa ada dirumah, terasa ringan segala beban yang ditanggung. Menjamah makanan ibu pun kita rasa seolah berada di hotel 5 bintang dan saya menjadi lebih bersemangat untuk bekerja. Hampir kesemua tempat di Belanda kami jelajah, dari Keukenhoff hingga ke tempat saya bakal bergraduat. Sungguh, waktu itu saya benar-benar mahu habis dan pulang ke Malaysia.

Dipendekkan cerita, bapa mertua saya (ayah tiri suami) meninggal dunia pada 1 Syawal 1434H (Ogos 2013). Pada mulanya saya tidak mahu pulang sebab biasiswa akan habis pada Mac 2014 dan ada banyak perkara yang harus saya habiskan. Namun, seolah-olah ada kerinduan yang memanggil saya untuk pulang. Disebabkan kami ditanggung oleh insurans, jadi saya pulang ke tanahair selama 28 hari. Walaupun anak kedua saya masih belum ada visa, tapi urusan kami dipermudahkan untuk mendapatkan visa tersebut (dalam masa sehari sahaja). Alhamdulillah pada 2 syawal 1434, saya dan suami berhari raya di kampung. Ibubapa dan kesemua adik beradik saya seramai 7 orang juga datang berhari raya di rumah mertua. Ya Allah, saya bayangkan pasti hari raya tahun hadapan akan lebih meriah bila kesemuanya dapat berkumpul. Selama 2 minggu saya di rumah mertua, dan 2 minggu lagi di rumah saya kerana suami harus ke Kuala Lumpur. Bayangkan, saya dan anak-anak bermanja dengan ibu saya. Meminta bermacam jenis makanan, memandu ibu ke sana-sini. Hanya saya sahaja di rumah bermanja. Alangkah seronoknya!

Pada bulan Disember, ibu saya sakit. Saya diberitahu tak perlu pulang kerana adik beradik boleh uruskan ibu saya. Malah, pada hari saya bermesyuarat dengan supervisor (10 Dec 2013), abang saya memaklumkan yang keadaan ibu lebih baik dari semalam. Kuasa Allah, ibu saya menghembuskan nafas terakhir pada 11 Disember 2013. Waktu itu, tengah malam di Belanda, mana mungkin saya boleh pulang untuk melihat ibu saya buat kali terakhir. Saya…. Kelu seribu bahasa. Seminggu saya berjalan kaki sahaja kesana kemari memikirkan kenapa saya sambung belajar. Kalau tak ingat Allah pasti diri ini dah naik gila. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya kumpulkan kekuatan yang ada dengan berdoa, bersolat dan membaca Al-quran untuk menghabiskan apa yang termampu.

Saya tidak ke kubur ibu sehinggalah saya menghabiskan pengajian PhD, hanya untuk menunaikan apa yang ibu saya mahukan sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Bayangkan, selepas 2 tahun barulah saya berpeluang ke kubur ibu untuk memberitahu yang saya dah berjaya memperoleh PhD. Pulang ke kampung, rumah seperti tak ada jiwa. Tidak seperti waktu saya pulang sebelumnya. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini.

Bagi saya, walau sesibuk manapun kita memikirkan PhD, luangkanlah masa pada keluarga. Waktu kerja, kita kerja. Waktu kita rehat, luangkan masa untuk suami dan anak-anak. Kalau ada rezeki, jika tinggal di luar negara, pulanglah ke kampung halaman. Masa bersama keluarga sangat berharga. We just don't know when is the last goodbye.. Walau anda akan lambat siapkan kerja2 PhD, tapi andai orang yang kita sayangi telah tiada, tiada lagi maksud PhD kita itu.

Hari ini, saya sudah berjaya menerima hakikat Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Semoga Allah memberi Jannah kepada ibu dan semoga saya akan menjadi muslimah yang lebih baik. Di saat Ramadhan semakin meninggalkan kita, saya rasa sayu… hari raya pertama dengan PhD.

Al-fatihah buat arwah ibu.



P/s : Minggu depan dah nak raya, persiapan untuk diri sendiri apa pun x da.. langsung x keysah
asalkan family masih ada :')


51 comments:

  1. Assalammualaikum... kyle,

    pape ... selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba nie,,, k. Semoga ceria bersama keluarga..

    mselim3

    ReplyDelete
  2. Tahniah kyle..anda memang seorang yang cekal dan kuat..andai ujian ini dibahukan ke atas orang lain belum tentu dia sekuat anda..Semoga terus berjaya dalam ujian-ujian mendatang..salam aidilfitri

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ni mesti main komen je kan tanpa baca entry ni hahaha x)

      Delete
  3. Kisah dia amat menyentuh hati, tapi Alhamdulillah dia berjaya menunaikan hasrat arwah ibu...

    ReplyDelete
  4. alamak.. kisah yang buat ade org potong bawang lah..

    ReplyDelete
  5. Selamat maju Jaya. Moga Allah permudahkan segalanya.

    ReplyDelete
  6. sedih la baca kisah kakak ni... She's really strong... Deep.

    ReplyDelete
  7. datang singgah sini kembali..pernah baca post ni kat grup fb doctorate support group..mmg sayu cerita dia...

    ReplyDelete
  8. Itulah hakikatnya bile belajar di oversea . Tabah :)

    ReplyDelete
  9. Assalamualaikum... banjir di tengahari..
    Salam aidilfitri...

    ReplyDelete
  10. Sedih ceritanya tapi akak tu tabah. Selamat hari raya owner blog :)

    ReplyDelete
  11. semua itu ketentuan Illahi.. Sepupu akak tidak keluar negara tapi disebabkan semalaman menjaga opah di hospital dia tidur keletihan... kitani call dia bagai nak rak, mintak tolong kawan kejutkan dia boleh tidak sedar.. akhirnya opah di kebumikan dan dia hanya sedar selepas kawan2 dia balik kerja...
    moralnyer apapun balik kepada takdir ... jangan kita sesali...

    ReplyDelete
  12. Bukan mudah nak berjaya, banyak yg kita kena korbankan. Betul kata CZilla, balik pada takdir....jangan rasa terkilan mau pun menyesal. Gaji yg lebih tu boleh jer jariahkan utk arwah ibu...

    ReplyDelete
  13. Salam Eidulfitri untuk awak jugak yer.....
    Gud luck jugak buat awak yer KK....moga berjaya

    ReplyDelete
  14. Salaam Aidilfitri jugak...

    Jodoh, rezeki ajal maut...semua tu mmg diluar jangkaan kita...mgkn kalau tau ibu dia nak pergi, mgkn dia xkan sambung blja...tapi apapun, setiap rezeki yg dapat ada sedikit pengorbanan...semoga kak yani tetap cekal... (*^▽^*)

    ReplyDelete
  15. salam Aidilfitri dan semoga arwah berada bersama dengan org2 yg beriman..sedihnya bace :(

    ReplyDelete
  16. kisah yg buat kt tersedar srba sdkit...

    slmt hari raya owner blog.

    ReplyDelete
  17. Selamat Hari Raya jugak buat khalid kyle..=D

    ReplyDelete
  18. sebaknya baca..


    Allahu.

    takpe, belajar juga salah satu cabang jihad di jalan Allah

    ReplyDelete
  19. menyentuh hati :( Tetiba teringat kat arwah ayah sy. al fatihah buat arwah ibu awak.

    slmt raya, btw.

    ReplyDelete
  20. sayunya rasa bila baca...terpikir diri sendiri...ehhmm...

    ReplyDelete
  21. biarlah mereka bergumbira.. sekurang2nya dapat hilangkan homesick.. yg belajar kt malaysia pun boleh homesick kottt..

    ReplyDelete
  22. Sesungguh nyer perancangan DIA adalah yang terbaik ...
    Semoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan ...

    ReplyDelete
  23. Tabah sungguh sis menghadapinya dan berjaya mendapat PhD

    ReplyDelete
  24. lanjutkan terus, orang seperti anda sudah seharusnya pantas untuk hidup, hehe

    ReplyDelete
  25. Tahniah kyle, u memang hebat.. semoga terus succes dunia akhirat..")

    ReplyDelete
  26. moga terus sukses ya ^_^

    *singgah sini zianaeunos.blogspot.com

    ReplyDelete
  27. pasti ada hikmah disebaliknya..


    Entry terkini.. Jemput singgah "Lantai Cilik Musim Ke-3"


    Join GA ni "Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015"

    ReplyDelete
  28. kak..skrg saya tengah smbg master,,tngh struggle habiskan writting..huhu..banyak sgt cabaran..kdg2 terpikir malas dah nak smbg PhD..bila akak bercerita, lg byk cabaran akak, akak mmg kuat..i need a few of yr strength..

    ReplyDelete
  29. singgah blogwalking sini..
    tersentuh hati baca kisah ni... errmmm.. :(


    Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)

    ReplyDelete
  30. semoga terus kuat dan sukses ye..

    done folow #9454

    ReplyDelete
  31. Usshh walaupun dah habis raya, meremang bulu roma baca cerita ni haihh.

    ReplyDelete
  32. Dato!
    jom la try perfum aku..
    wangi tahan 12 jam..
    hehehehee.

    ReplyDelete
  33. gi link sini la

    http://kedinkyst.blogspot.my/2015/09/jom-wangi-dari-pagi-sampai-ke-petang.html?showComment=1441279813578#c3686931723272331963

    ReplyDelete
  34. mata masuk habuk baca ni..moga apa saja yg kita lakukan diredhai Allah

    #9456

    ReplyDelete
  35. Singgah BW blog penaja...http://kenny977.blogspot.my/2015/09/fuyooo-giveaway-by-mama-darwiish.html

    ReplyDelete
  36. Singgah BW dr GA yg sama..
    http://kenny977.blogspot.my/2015/10/giveaway-nurfuzie-dot-com-1.html

    ReplyDelete
  37. menuntut ilmu juga adalah jihad fisabilillah. lakukan keranaNya. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan

    ReplyDelete
  38. done follow..singgah dr GA http://www.masturadin.com/2015/10/give-away-nurfuzie-dot-com-1-bernilai-RM1000.html

    ReplyDelete
  39. Done follow
    dari GA http://fuzamusa.blogspot.my/2015/10/fuyooo-giveaway.html

    ReplyDelete
  40. Lamanya tak menulis...... mood ke laut ke?
    Rasanya mcm pernah baca cerita tu.

    ReplyDelete
  41. deep kisah sis tu. sedih sgt. alhamdulillah.. ada hikmahnya bila takda rezeki sambung oversea. biarlah duk dgn family, berbakti pada kedua org tua.. selagi berkesempatan. moga Allah permudahkan semua.. aminn

    ReplyDelete
  42. Very much interesting blog that you write of our readers, in this blog your style is very much osam ....your lines are also charming and great impact on the heart.in this blog you tell the importance of SEO/ Digital marketing, Many of companies that are working well like #SEO company UK is the top in the field of SEO/Digital marketing, Social media marketing, Graphic designing and web development. Many other friends also tell the positive reviews about <This company . Overall, your words are very informative .kindly keep writing , are you write again such type of info again ???

    ReplyDelete