السلام عليكم
Salam Ramadhan buat kesayanganku semua. Harini as usual, lepas terawih merupakan waktu untuk aku bermalas-malas sebelum tido. Kalau x main whatsapp, aku akan buka fb untuk lihat kalau2 ade org message ke kan.. (selalunya nan hado lol). Tapi tadi ketika tengah leka scroll timeline, aku ternampak post seorang kenalan fb yang di sharekan ke group phd support group, bebudak postgrad tau la group ni. Bila baca perkongsikan tu, aku terasa sedikit sebak mengenangkan apa yang telah beliau lalui. Sungguh beliau wanita yang tabah. Benar kata org, menuntut ilmu di perantauan menuntut banyak pengorbanan. Sayangnya muda-mudi masa kini selalu beranggapan mereka yg study kat oversea tu happy belaka, yelah dapat main salji.. elaun pulak beriban.. boleh melancong sana sini.. bestnye grrr.. tapi hakikatnya.. mereka yg melaluinya sahaja yang tau. Kalau diorng share pic lambakan chapter thesis yg x bertaip, senarai references yang tunggang-langgang, ade ke org yg sudi nak taipkan, nak betulkan? Kalau share pic duit saku yg tinggal cukup2 makan, ade ke sahabat handai yg sudi nak bankin kan? Jawapannye TIADA. So, ada baiknya diorg share pic posing ala2 frozen di tepian salji, berdiri sambil cekak pinggang depan stadium Manchester United, x pun lompat bintang secara berjemaah depan Eiffel Tower ~ dapat gak buat korang yg x memberi sumbangan ni makan hati, x gitchew haha.
Yes, I do agree. Decisions are the hardest thing to make, especially when it is a choice between where you should be and where you want to be..
Moga coretan fb sis yani ini menjadi pedoman pemangkin semangat buat sang penuntut ilmu ☼
Hari raya dengan PhD..
Waktu kalau boleh diputarkan kembali, saya mahu kembali kepada saat diri ini masih belum beroleh PhD.
Kenapa?
Tahun 2008, saya ditawarkan tempat untuk melanjutan pengajian master di Belanda selama 1 tahun ½. Saya pergi, meninggalkan bayi 9 bulan dalam jagaan ibu dan suami kerana visa tidak membenarkan saya membawa mereka ke sana atas alasan master adalah pelajar dan bukan pekerja.
Akhirnya saya pergi jua dengan linangan air mata, mengharapkan jihad untuk masa depan saya akan diredhai dan Allah akan memudahkan pembelajaran saya. Alhamdulillah, perpisahan mengajar erti sabar dan toleransi buat pasangan yang telah berkahwin seperti kami. Bagi saya, selepas 6 bulan berpisah, tiada apa yang saya inginkan selain menjadi ibu yang lebih baik. Setiap waktu yang terluang, selepas menyiapkan hal ehwal pelajaran, saya akan masak dan habiskan masa bersama keluarga.
Saya berjaya habiskan pengajian Master pada Mac 2010, dan pulang seketika untuk menghabiskan masa bersama keluarga kerana akan meneruskan pengajian PhD di tempat yang sama selama 4 tahun. Waktu itu, saya ada utarakan pada suami, 4 tahun itu lama, bagaimana harus kita jalani kehidupan kita tanpa orang tua di sisi selama masa itu? Adakah mereka akan tetap sihat sehingga saya habis belajar? Suami dengan tenang menjawab, sama-sama kita berdoa yang Allah akan panjangkan umur mereka.
Alhamdulillah, pada Mei, 2013 saya diberikan rezeki untuk membawa kedua ibubapa saya ke Belanda. Bayangkan selepas 3 tahun tidak bertentang mata, dan saya pun sudah ada satu lagi cahaya mata, sudah pasti saya akan merasa amat teruja bertemu orang tua. Perkara pertama terpacul di mulut saya tatkala berjumpa kedua ibu bapa ialah, “Ma Nampak tua.” Apapun seronok ibubapa ada dirumah, terasa ringan segala beban yang ditanggung. Menjamah makanan ibu pun kita rasa seolah berada di hotel 5 bintang dan saya menjadi lebih bersemangat untuk bekerja. Hampir kesemua tempat di Belanda kami jelajah, dari Keukenhoff hingga ke tempat saya bakal bergraduat. Sungguh, waktu itu saya benar-benar mahu habis dan pulang ke Malaysia.
Dipendekkan cerita, bapa mertua saya (ayah tiri suami) meninggal dunia pada 1 Syawal 1434H (Ogos 2013). Pada mulanya saya tidak mahu pulang sebab biasiswa akan habis pada Mac 2014 dan ada banyak perkara yang harus saya habiskan. Namun, seolah-olah ada kerinduan yang memanggil saya untuk pulang. Disebabkan kami ditanggung oleh insurans, jadi saya pulang ke tanahair selama 28 hari. Walaupun anak kedua saya masih belum ada visa, tapi urusan kami dipermudahkan untuk mendapatkan visa tersebut (dalam masa sehari sahaja). Alhamdulillah pada 2 syawal 1434, saya dan suami berhari raya di kampung. Ibubapa dan kesemua adik beradik saya seramai 7 orang juga datang berhari raya di rumah mertua. Ya Allah, saya bayangkan pasti hari raya tahun hadapan akan lebih meriah bila kesemuanya dapat berkumpul. Selama 2 minggu saya di rumah mertua, dan 2 minggu lagi di rumah saya kerana suami harus ke Kuala Lumpur. Bayangkan, saya dan anak-anak bermanja dengan ibu saya. Meminta bermacam jenis makanan, memandu ibu ke sana-sini. Hanya saya sahaja di rumah bermanja. Alangkah seronoknya!
Pada bulan Disember, ibu saya sakit. Saya diberitahu tak perlu pulang kerana adik beradik boleh uruskan ibu saya. Malah, pada hari saya bermesyuarat dengan supervisor (10 Dec 2013), abang saya memaklumkan yang keadaan ibu lebih baik dari semalam. Kuasa Allah, ibu saya menghembuskan nafas terakhir pada 11 Disember 2013. Waktu itu, tengah malam di Belanda, mana mungkin saya boleh pulang untuk melihat ibu saya buat kali terakhir. Saya…. Kelu seribu bahasa. Seminggu saya berjalan kaki sahaja kesana kemari memikirkan kenapa saya sambung belajar. Kalau tak ingat Allah pasti diri ini dah naik gila. Alhamdulillah, sedikit demi sedikit saya kumpulkan kekuatan yang ada dengan berdoa, bersolat dan membaca Al-quran untuk menghabiskan apa yang termampu.
Saya tidak ke kubur ibu sehinggalah saya menghabiskan pengajian PhD, hanya untuk menunaikan apa yang ibu saya mahukan sebelum beliau menghembuskan nafas yang terakhir. Bayangkan, selepas 2 tahun barulah saya berpeluang ke kubur ibu untuk memberitahu yang saya dah berjaya memperoleh PhD. Pulang ke kampung, rumah seperti tak ada jiwa. Tidak seperti waktu saya pulang sebelumnya. Hanya Allah sahaja yang tahu perasaan ini.
Bagi saya, walau sesibuk manapun kita memikirkan PhD, luangkanlah masa pada keluarga. Waktu kerja, kita kerja. Waktu kita rehat, luangkan masa untuk suami dan anak-anak. Kalau ada rezeki, jika tinggal di luar negara, pulanglah ke kampung halaman. Masa bersama keluarga sangat berharga. We just don't know when is the last goodbye.. Walau anda akan lambat siapkan kerja2 PhD, tapi andai orang yang kita sayangi telah tiada, tiada lagi maksud PhD kita itu.
Hari ini, saya sudah berjaya menerima hakikat Allah ada perancangan yang lebih baik untuk saya. Semoga Allah memberi Jannah kepada ibu dan semoga saya akan menjadi muslimah yang lebih baik. Di saat Ramadhan semakin meninggalkan kita, saya rasa sayu… hari raya pertama dengan PhD.
Al-fatihah buat arwah ibu.
P/s : Minggu depan dah nak raya, persiapan untuk diri sendiri apa pun x da.. langsung x keysah
asalkan family masih ada :')
Assalammualaikum... kyle,
ReplyDeletepape ... selamat menyambut hari raya yang bakal menjelang tiba nie,,, k. Semoga ceria bersama keluarga..
mselim3
deep story akak ni
ReplyDeleteTahniah kyle..anda memang seorang yang cekal dan kuat..andai ujian ini dibahukan ke atas orang lain belum tentu dia sekuat anda..Semoga terus berjaya dalam ujian-ujian mendatang..salam aidilfitri
ReplyDeleteNi mesti main komen je kan tanpa baca entry ni hahaha x)
DeleteKisah dia amat menyentuh hati, tapi Alhamdulillah dia berjaya menunaikan hasrat arwah ibu...
ReplyDeleteAl-fatihah utk arwah ibu sis
ReplyDeletealamak.. kisah yang buat ade org potong bawang lah..
ReplyDeleteSelamat maju Jaya. Moga Allah permudahkan segalanya.
ReplyDeletesedih la baca kisah kakak ni... She's really strong... Deep.
ReplyDeletedatang singgah sini kembali..pernah baca post ni kat grup fb doctorate support group..mmg sayu cerita dia...
ReplyDeleteItulah hakikatnya bile belajar di oversea . Tabah :)
ReplyDeleteMata masuk habuk pulak.T.T
ReplyDeleteAssalamualaikum... banjir di tengahari..
ReplyDeleteSalam aidilfitri...
Sedih ceritanya tapi akak tu tabah. Selamat hari raya owner blog :)
ReplyDeletesemua itu ketentuan Illahi.. Sepupu akak tidak keluar negara tapi disebabkan semalaman menjaga opah di hospital dia tidur keletihan... kitani call dia bagai nak rak, mintak tolong kawan kejutkan dia boleh tidak sedar.. akhirnya opah di kebumikan dan dia hanya sedar selepas kawan2 dia balik kerja...
ReplyDeletemoralnyer apapun balik kepada takdir ... jangan kita sesali...
Bukan mudah nak berjaya, banyak yg kita kena korbankan. Betul kata CZilla, balik pada takdir....jangan rasa terkilan mau pun menyesal. Gaji yg lebih tu boleh jer jariahkan utk arwah ibu...
ReplyDeleteSalam Eidulfitri untuk awak jugak yer.....
ReplyDeleteGud luck jugak buat awak yer KK....moga berjaya
Salaam Aidilfitri jugak...
ReplyDeleteJodoh, rezeki ajal maut...semua tu mmg diluar jangkaan kita...mgkn kalau tau ibu dia nak pergi, mgkn dia xkan sambung blja...tapi apapun, setiap rezeki yg dapat ada sedikit pengorbanan...semoga kak yani tetap cekal... (*^▽^*)
salam Aidilfitri dan semoga arwah berada bersama dengan org2 yg beriman..sedihnya bace :(
ReplyDeletekisah yg buat kt tersedar srba sdkit...
ReplyDeleteslmt hari raya owner blog.
Selamat Hari Raya jugak buat khalid kyle..=D
ReplyDeletesebaknya baca..
ReplyDeleteAllahu.
takpe, belajar juga salah satu cabang jihad di jalan Allah
menyentuh hati :( Tetiba teringat kat arwah ayah sy. al fatihah buat arwah ibu awak.
ReplyDeleteslmt raya, btw.
Al-fatihah
ReplyDeletesayunya rasa bila baca...terpikir diri sendiri...ehhmm...
ReplyDeletebiarlah mereka bergumbira.. sekurang2nya dapat hilangkan homesick.. yg belajar kt malaysia pun boleh homesick kottt..
ReplyDeleteSesungguh nyer perancangan DIA adalah yang terbaik ...
ReplyDeleteSemoga berjaya dan dipermudahkan segala urusan ...
Tabah sungguh sis menghadapinya dan berjaya mendapat PhD
ReplyDeletelanjutkan terus, orang seperti anda sudah seharusnya pantas untuk hidup, hehe
ReplyDeleteTahniah kyle, u memang hebat.. semoga terus succes dunia akhirat..")
ReplyDeletemoga terus sukses ya ^_^
ReplyDelete*singgah sini zianaeunos.blogspot.com
pasti ada hikmah disebaliknya..
ReplyDeleteEntry terkini.. Jemput singgah "Lantai Cilik Musim Ke-3"
Join GA ni "Mini Giveaway Diari Jejaka Hangat 2015"
kak..skrg saya tengah smbg master,,tngh struggle habiskan writting..huhu..banyak sgt cabaran..kdg2 terpikir malas dah nak smbg PhD..bila akak bercerita, lg byk cabaran akak, akak mmg kuat..i need a few of yr strength..
ReplyDeletesinggah blogwalking sini..
ReplyDeletetersentuh hati baca kisah ni... errmmm.. :(
Salam.. haii.. jemput join giveaway saya ye.. ParodyMe : 1st Giveaway By DRAMATIC UNIC dengan hadiah wang tunai keseluruhan bernilai RM350 untuk direbut..!! Jom ajak ramai-ramai join.. jomm.. jommm..!! tQ so much... :)
semoga terus kuat dan sukses ye..
ReplyDeletedone folow #9454
Usshh walaupun dah habis raya, meremang bulu roma baca cerita ni haihh.
ReplyDeleteDato!
ReplyDeletejom la try perfum aku..
wangi tahan 12 jam..
hehehehee.
gi link sini la
ReplyDeletehttp://kedinkyst.blogspot.my/2015/09/jom-wangi-dari-pagi-sampai-ke-petang.html?showComment=1441279813578#c3686931723272331963
mata masuk habuk baca ni..moga apa saja yg kita lakukan diredhai Allah
ReplyDelete#9456
eh. masuk habuk plak mata..
ReplyDeleteKULIT LEMBUT, GEBU DAN CERAH DENGAN ESP
*sobs*
ReplyDeletealfatiha
ReplyDeletehai...Yaya Cendana BW (NO.5) dari blog uzu Emas Putih BW sini....dah follow sini...harap sudi follow yaya blek.. :) mohon komen murni di sini...tq... :)
ReplyDeletehttp://www.yayacendana.com/2015/09/review-telur-pindang-nordin-terkenal-di.html
Singgah BW blog penaja...http://kenny977.blogspot.my/2015/09/fuyooo-giveaway-by-mama-darwiish.html
ReplyDeleteBW daripada Sponsor Giveaway Nurfuzie.com
ReplyDeleteFollow blog AlongMisuari
Artikel TERBARU AM
Hadiah daripada AM untuk sahabat AM Ebook Percuma Putihkan Gigi
Hadiah dari AM untuk sahabat Lelaki AM Ebook Percuma (Rahsia Lelaki)
HOT ITEM..
LeoRa For Men
LeoRa For Women
Terima Kasih
AlongMisuari
singgah dari peserta GA
ReplyDeleteSinggah BW dr GA yg sama..
ReplyDeletehttp://kenny977.blogspot.my/2015/10/giveaway-nurfuzie-dot-com-1.html
menuntut ilmu juga adalah jihad fisabilillah. lakukan keranaNya. InsyaAllah dipermudahkan segala urusan
ReplyDeletedone follow..singgah dr GA http://www.masturadin.com/2015/10/give-away-nurfuzie-dot-com-1-bernilai-RM1000.html
ReplyDeleteDone follow
ReplyDeletedari GA http://fuzamusa.blogspot.my/2015/10/fuyooo-giveaway.html
tahniah.. semoga terus berjaya..
ReplyDeleteLamanya tak menulis...... mood ke laut ke?
ReplyDeleteRasanya mcm pernah baca cerita tu.
deep kisah sis tu. sedih sgt. alhamdulillah.. ada hikmahnya bila takda rezeki sambung oversea. biarlah duk dgn family, berbakti pada kedua org tua.. selagi berkesempatan. moga Allah permudahkan semua.. aminn
ReplyDelete
ReplyDeleteشركة كشف تسربات المياه بالجبيل
شركة كشف تسربات المياه بالجبيل
Nice post. It is really interesting. Thanks for sharing the post!
ReplyDeleteBuy AC Online | Smart LED TV
Laptops for Sale | Best Inverter AC
Adamclick.com - Online Shopping India - Buy mobiles, mobile parts, laptops, cameras, books, watches, apparel, shoes and e-Gift Cards, t-shirt, shirts, kids wear, kurti, legging are available with Free Shipping & Cash on Delivery Available. | Online Shopping site in India - Adamclick
ReplyDeletesilahkan kunjungi situs yang akan memandu kalian untuk mengetahui cara bermain live game yang baik dan benar, anda juga akan mendapatkan panduan bermain dengan benar. disini kalian akan diajarkan cara bermain permainan Roulette, Sicbo, 24D Spin, Baccarat, 3D SHIO, Dragon Tiger dan live game lainnya. semua panduan cara bermain bisa kalian pelajari di Cara Bermain Live Game IDN LIVE
ReplyDeleteSilahkan kunjungi situs yang menyediakan pasaran-pasaran to*** terbesar dan terpercaya,
ReplyDeletebukan hanya itu, ada banyak permainan livegame juga yang sengaja kami sediakan untuk kalian para bettor sejati..
bonus dan promo juga banyak kkami sediakan buat kalian yang ingin bergabung dengan situs kita ini..
segera kunjungi dan raih jutaan rupiah hanya disini..
link alternatif hottogel
Excellent post! Your post is very useful and I felt quite interesting reading it. Expecting more post like this. Thanks for posting such a good post.To service your laptop with offer prices.
ReplyDeletePlease visit : Laptop Service Center | Laptop Service Center in Kelambakkam
You have done a great job. I will definitely dig it and personally recommend to my friends. I am confident they will be benefited from this site. rizbuz
ReplyDeleteExcellent post! Your post is very useful and I felt quite interesting reading it. Expecting more post like this. Thanks for posting such a good post. laptop service center in sholinganallur. To service your laptop with offer prices, Please visit : Laptop service center in sholinganallur
ReplyDeleteOur Persian felines are fed a high-quality diet, necessary feline formulated vitamins, mineral supplements and provide plenty of daily attention, kittens care and grooming Here at Marko Persians our cats and kittens are happy, sweet love bunnies, therefore, well socialized Healthy and exquisitely beautiful and unmatched in the Silver Doll Face Industry. Specializing in CFA Persian kittens meeting the breed standard with several coat colors and coat pattern – shades
ReplyDeletePersian Kittens for sale near me
Persian Kittens for sale
Persian Kittens for sale
Very much interesting blog that you write of our readers, in this blog your style is very much osam ....your lines are also charming and great impact on the heart.in this blog you tell the importance of SEO/ Digital marketing, Many of companies that are working well like #SEO company UK is the top in the field of SEO/Digital marketing, Social media marketing, Graphic designing and web development. Many other friends also tell the positive reviews about <This company . Overall, your words are very informative .kindly keep writing , are you write again such type of info again ???
ReplyDelete