Sampai roboh pagar Mcd zombie² Penang ni buat, berebutkan minion punye pasal haha. Aku rasalahkan PRU akan datang... ade baiknye kerajaan bagi free minion bagi setiap rakyat yang pergi keluar mengundi, confirm nanti beratur panjang macam pic kat atas ni kan :P
Fyi, bukan muke je.. bahasa minion ni pun comel, sebutan perkataan die macam bahasa budak umur setahun yang kurang kasih sayang. So pada sesiapa yang rasa subjek bahasa ke-3 kat Universiti korang tu sume x best boleh la pi jumpa Dekan cadangkan bahasa minion ni yer.
Enuff said, here's the review :
Genre : Family Comedy (3D Animation)
Duration : 1 hour 34 minutes
My Rating :
Storyline : 6/10
Funny Scenes : 7.5/10
Cuteness Overload : 9/10
OVERALL RATING : 7/10
Synopsis :
Gru kepala botak (karakter utama dalam citer ni) hidup bahagia dengan 3 anak perempuan die. Macam mana die boleh ada anak? Pi tengak movie yang first dulu k. Satu hari, ade sorang minah laloq nama Lucy ni selamba badak je datang rumah si Gru ni dan culik die. Pastu ade 2 ekor minion nampak & cuba selamatkan tapi x berjaya. Gru dan 2 ekor minion ni dibawa ke pejabat "headquarters of the Anti-Villain League" (kira macam pejabat kementerian lembaga hasil dalam negerilah kononnya) untuk jumpa tuan pengarah Silas Ramsbottom. Pengarah obese ni pun bagi job kat Gru ni suruh cari orang jahat yang ade simpan cecair PX-41. Sesiapa yang kene inject ngan cecair ni akan bertukar jadi jenglot color unggu yang kuat kemain. Si Gru ni mula² x nak pastu dapat hidayah pulak nak jadi Villain balik. Orang jahat citer ni namanya Eduardo Perez atau nama glamournya El Macho si bulu dada bersepah. Dia pi culik semua minions Gru dan jadikan menatang comel ni jenglot unggu... motif nak takluk dunia katanyer... cliche sangat. Si Lucy ni pulak dalam diam minat kat Gru ni tapi si Gru botak ni lembap sangat nak realize. Lastly semua minion ni berjaya diselamatkan dan Gru ni pun kahwin dan hidup bahagia bersama Lucy serta anak²nya ditemani ribuan minion comel.
Aku baru tau dalam movie ni kan ade satu watak tu nama dia Kyle -__-' Muke menatang tu macam raksasa laut. Sekali die kencing kat pokok.. pokoh hangus. Member aku pakat gelak everytime die keluar...
Sifulan : Eh nama dia Kyle lah muahaha!
(tengok skrin, then pandang aku.. then pandang aku & tengok skin balik)
Aku : So?... (WTF man)
Sifulan : Macam muke ko time bangun tido je... perghh kencing berasid tu!
(sambil tunggu masa nak dapat biskut cap kaki)
Aku : Really? Wateva... (WTF kuasa dua pastu ko square rootkan)
Aku tengok movie ni kelmarin pukul 11.30 PM & dalam panggung tu ade 3 orang je. Terus aku jadi manusia x bertamadun buat panggung wayang tu macam bapak aku punye. Feeling sivaji the boss meh.
* Bagi aku filem ni memang sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan juga mereka yang sudah beranak dan mempunyai anak yang nakkan satu movie yang bukan sahaja menghiburkan malah turut memberi pengajaran.
Sifulan : Eh nama dia Kyle lah muahaha!
(tengok skrin, then pandang aku.. then pandang aku & tengok skin balik)
Aku : So?... (WTF man)
Sifulan : Macam muke ko time bangun tido je... perghh kencing berasid tu!
(sambil tunggu masa nak dapat biskut cap kaki)
Aku : Really? Wateva... (WTF kuasa dua pastu ko square rootkan)
Aku tengok movie ni kelmarin pukul 11.30 PM & dalam panggung tu ade 3 orang je. Terus aku jadi manusia x bertamadun buat panggung wayang tu macam bapak aku punye. Feeling sivaji the boss meh.
* Bagi aku filem ni memang sesuai ditonton oleh kanak-kanak dan juga mereka yang sudah beranak dan mempunyai anak yang nakkan satu movie yang bukan sahaja menghiburkan malah turut memberi pengajaran.
Esoknya pulak aku target nak tengok cerita Pacific Rim 3D, siap dah survey masa and tempat duduk kat laman web GSC tu, sekali bila sampai rupanya aku salah tengok tarikh daa, erghhh sabarjelah! So aku pun pilihlah movie Man of Tai Chi sebabnye citer ni baru keluar + aku dah lama tak tengok filem aksi kungfu.
Genre : Action (18 SG)
Duration : 1 hour 45 minutes
My Rating :
Storyline : 5/10
Action Scenes : 8.5/10
OVERALL RATING : 6.8/10
Synoposis :
Filem ni diarah & dilakonkan oleh Keanu Reeves. No wonderlah setiap kali babak si Keanu (Donaka Mark) ni berlawan filem ni akan bertukar jadi citer The Matriks. Filem ni mengisahkan seorang mamat ordinary looking dari China bernama Tiger yang power dalam seni Tai Chi. Satu hari, kuil tempat si Tiger ni belajar tai chi dah nak dirobohkan oleh kerajaan. Kuil tu x de lah besar mana pun. Yang duduk dalam kuil tu tok guru die (badan boleh tahan besar) dan patung² yang sememangnya besar. So nak selamatkan kuil tu kene bayar sejumlah wang yang agak besar (standardlahkan, ada duit semua jalan ye dak). Si Tiger ni pulak orang susah. So die pun terima pelawaan si Donaka ni untuk berlawan dalam tournament haram di satu tempat yang dirahsiakan. Setiap perlawanan ditayangkan live di internet & setiap kali menang dia akan dapat sejumlah wang yang besar sebagai ganjaran. Lawan si Tiger ni pulak makin lama makin kuat. Kiranya macam korang tengok Game Lawan Tekken lah tapi versi reality. Aksi lawan bertumbuk bagai tu memang terbaik, mana taknye 18 SG ok. Bila perlawanan ni dah mula melibatkan pembunuhan, si Tiger ni pun mulai sedar dan rasa bersalah. So die pun bocorkan rahsia kegiatan haram Donaka ni kat pihak polis. Akhirnya kegiatan ni pun berjaya ditumpaskan dan kuil tempat Tiger belajar tai chi tu pun berjaya diselamatkan. Movie ni diakhiri dengan Tiger membawa makwenye menaiki sebuah bukit dan makwe die tu tetibe menjerit macam orang gile (happylah tu kononnya... poorah)
Posing bajet korea, btw my skin color is tanned not white ye pembaca sekalian, cahaya flash yang buat nampak macam tu. Nampak x yellow stains kat tiket atas tu. Tu kesan minyak ayam goreng yang aku makan time tengok movie ni. Kalau boleh aku nak je bawa masuk nasi berlauk tapi poket seluar x muat. Mana best tengok wayang kalau setakat makan popcorn je ye dak.
* Filem ini padat dengan aksi lawan. Tak berapa sesuai ditonton oleh suami isteri yang baru lepas bergaduh mahupun kanak-kanak yang belum mumaiyiz. Peminat filem aksi mesti suka filem ni. As for me, aku rasa lagi best kalau jalan cerita filem ni bergaduh je dari mula sampai akhir hehe :P
P/s : Sekejap je kan dah nak masuk pertengahan bulan Ramadhan -__- Masa oh masa...