P/s : Moga azam aku pada tahun baru ni dipermudahkan olehNya..
Wednesday, December 31, 2014
Thursday, December 18, 2014
Slimming Sanctuary Penipu!
Salam kesayangan semua actually masa tulis entry ni aku tengah berkursus selama 2 hari tetiba rasa macam boring and teringat plak kat blog aku yang dah lama x bukak ni, nasib password ingat lagi.
Aku beli sebab nak tengok boleh percaya ke x Slimming Sanctuary ni sambil nak investigate tahap kepenipuan syarikat2 kecantikan kat Malaysia yang semakin banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan (research study ko x nak plak investigate kan xp) Kat bawah ni pakej yang aku beli:
So aku pun buatlah appointment dan pada hari yang ditetapkan aku pun pergi. Main intention aku pergi pun sebab nak pi tengok wayang and kebetulan slimming sanctuary ni bawah cinema tu je . Masuk2 je aku tengok x de orang sebab weekdays, i likee :) Then aku nampak ahmoi2 lenglui aka staff kat situ tengah lepak2 depan lobi sambil bercakap dengan seorang makcik ni. Kesian aku tengok makcik tu, macam2 kene suruh, aku x kisah kalau ko nak mengarah pon tapi cara tu kasi baik sikit la wei, dari mata kau, body language sampailah ke nada suara, nampak sangat ko pandang rendah kat makcik tu kan, mentang2 die keje cleaner je kat situ, sabar ajelah.. that's what real bitch attitude looks like.. dunia ohh duniaa
dan aku masih lagi terpacak kat depan lobi sambil memerhati gelagat makcik tu ambil order dari those ahmoi
ahmoi A : makcik u order nasi ayam beli kat atas, kasi pilih ayam besar punya, talak mau peha, itu sos mau lebih, kicap sama jugak kalau x de u kasi cari sama tempat lain ok
Makcik : adik mak cik takut kene marah.. situ x boleh minta lebih2
ahmoi B : boleh lorh makcik, u kasi pujuk lahhh saya mau sama juga, air mau teh kurang susu bla bla bla
ahmoi C,D,E : pot pet pot pet HAHA pot pet pot per YA LORHH pot pet pot pet..
Then dia minta IC dengan voucher dan aku dibawa ke satu bilik khas untuk sesi consultation oleh seorang pekerja wanita indon, dalam hati.. siap sedialah kau untuk disekolahkan macam yang sebelumnya khalid oii..
Manager : may i know, do your IC start with 9?
Manager : ure not eligible sebab u belum cukup umur lagi , dalam deal di groupon kami ada tulis those yang berumur 25 tahun dan ke atas sahaja yang layak
Aku : (ye ke, aku macam x nampak pun no 25 dalam deal tu hmm..)
Time tu aku ingat2 lupa, nak refer voucher dah diambil so iyekan jelah .. but bila dah sampai rumah aku online tgk balik 18 and above, demm lidah bercabang punya manager!
Manager : No u cant ? maybe u can give this voucher to your brother or father :)
Manager : u can proceed but ure too young for this treatment, those older people with saggy skin je yang boleh , u boleh ambil pakej student ok, kita ada buat 50% discount, 5 treatment = RM500++ atau pun u boleh ambil single acne facial treatment, just tambah lagi RM200
Aku : saya x mau keluar satu sen pun, boleh?
Manager : atau u boleh ambil sesi facial paling murah, soothing treatment worth RM140 tapi saya kasi murah sama u, tolak sama u punya voucher 140 - 58 = RM82 sahaja
Aku : saya x mau keluar duit, saya nak teruskan jugak treatment dalam voucher ni
Manager : x boleh lorhh .. muka u teruk ada banyak merah2 bekas jerawat lagi bla bla bla..
(aku rasa kalau ko letak Mario Maurer kat situ pun die akan komen mcm2, dasar iblis cermin kiri kanan x de pulak ko nampak muke ko macam mana kan)
Manager : hmmm , ok its up to u , kalau muka u rosak u jangan datang sini mengadu ya :) (senyum sinis)
Itulah statement paling celaka yang pernah aku dengar sepanjang tahun 2014 ni lol. Buat manager vongok tersebut ko tau x gaji ko setahun pun belum tentu cukup untuk bayar kos yang aku keluarkan untuk rawat masalah kulit aku ni, sedap2 mak bapak ko je keluarkan statement macam tu kan. Dalam erti kata lain die nak cakap yang kalau aku x mau keluarkan duit muke aku akan dirosakkan or else voucher aku tu kira burn. Both situation pelanggan mcm aku ni akan mengalami kerugian, inilah yang dinamakan teknik memaksa versi Firaun, kesannya pelanggan akan rasa terikat dan terpaksa membayar service yang tidak diingini dalam keterpaksaan.
Lagi satu yang ade masalah berat badan tu silalah berhenti dari berangan nak kuruskan badan korang dengan pergi tempat2 macam ni yer. Kalau duit kau tu berkepuk lain ceritalah kan. Lagi afdal kalau ko pi exercise at least 3 times a week, detox regularly, jaga pemakanan, tidur awal, kawal nafsu, kawal stress lagi terjamin kesannya .
Be sensible laa .. ko ingat model VS tu sume dapat badan cantik buat treatment je ke, diorang exercise bagai nak rak berjam2 sehari even dah sedia cantik ok, inikan pulak ko yang sejak azali dah macam tong drum,
lagilah kene usaha lebih.
NO PAIN NO GAIN!
Back to the story, lastly aku ambil je pakej soothing treatment tu sebab nak experience service kat situ, lagipun malas nak argue lebih2 dgn manager tu nanti x sempat plak nak pi tengok movie.
Complimentary relaxing foot spa
Complimentary relaxing scalp massage
Men’s ultrasound lifting facial: - Double cleansing - Exfoliation - Extraction - Ultrasound treatment - Face and shoulder massage - Floral soft mask application - Moisturiser and UV protection application
Tapi x semua service yang dinyatakan tu ko dapat, propa je lebih. Overall treatment biasa2 je and totally NOT WORTH THE PRICE. Yelah setakat cuci muka, then die wapkan sebelum buat extraction sket pastu pakai mask, then ko tidolah macam mumia kejung selama sejam dengan mask di muka and lastly dia bersihkan muka ko, sapu serum dengan krim sket and then selesai. Obviously bende2 tu semua boleh je buat sendiri kat rumah, lagi jimat.
Konklusinya aku memang x galakkan pergi tempat2 mcm ni klu korang ade masalah kulit yang serius, klu setakat pergi suka2 nak perabih duit tu boleh lah kot. Kepada yang ade masalah kulit tu ada baiknya pergi terus Klinik Pakar Kulit. Even mahal sikit tapi berbaloi, dari pi tempat yang murah tapi x de hasil pun buat apakan. x payah lah ko nak samakan tempat kat atas ni dengan klinik dermatology, bezanya bagai langit dengan bumi ok.
Dr nak dapat certificate terpaksa bertungkus-lumus belajar sampai 5-6 tahun,
diorang ni semua baru dapat certificate 5-6 bulan dah banyak cekadak.
+ harga service kat situ berpatutan dan hasil pun nampak .
For those yang ade sebarang pertanyaan tu bolehlah komenkan soalan korang tu di bahagian komen kat bawah ni ye, InsyaAllah bila free nanti aku akan jawab soalan2 korang tu semua - Adios ;)
P/s : Tengah struggle nak siapkan research paper and thesis.. hazabnyer buat master by research ni kan huhu