Follow Button
Dashboard Button
Back to top
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Thursday, May 29, 2014

Maleficent Movie Review


Sleeping Beauty, Maleficent gif, Maleficent Movies, Angelina Jolie, Disney Villain, elle fanning,

          After 2 years of waiting, finally petang tadi baru dapat tgk filem Maleficent ni, actually aku excited sgt nak tgk sebab ada my lovely angie dalam tu and i have to say Angelina Jolie is EXTREMELY BEAUTIFUL in this film! Before tgk movie ni aku pi layan movie X-Men Days of Future Past dulu, citer X-Men tu memang best ooo.. so sape yg x tau nak tgk filem ape baik korang pi tgk filem X-Men tu tapi untuk lebih faham b4 tgk movie X-Men Future Past tu pi tgk dulu filem X-Men First Class ye.. So citer Maleficent ni best ke? Bagi seorang peminat filem seram dan aksi mcm aku.. sorry to say, filem Maleficent ni agak bosan dan mendatar aka biasa2 je but for the sake of Angelina Jolie aku terpaksa cakap best haha..  without Angelina this film is NOTHING. Kinda disappointed actually but maybe cerita ni x berapa nak ekstrem in term of Maleficent cruelness watsoeva sebab ni filem Disney, so kalau dah Disney tu mestilah main target audience kanak2 kan so jalan cerita pun kenelah sesuai untuk tontonan bebudak. Tapi untuk kesan visual effects dalam movie ni memang cantik especially dalam hutan tempat tinggal pari2 tu sume. Filem ni PG13 tapi yg peliknya aku tgk penonton dalam panggung tadi mostly budak kecik.. so memang agak bising. Btw, aku x brapa suka lah tgk Aurora dalam filem ni, muka x berapa nak comel.. x seperti yang digambarkan dalam cerita klasik sleeping beauty tu, lagi sesuai  kalau director filem ni amik emma maembong je jadi Aurora pastu si zizan razak  tu amik jadi burung gagak si Maleficent, dapat cut cost sket kan haha. So kat bawah ni merupakan synopsis cerita Maleficent versi aku. Jalan cerita movie ni memang unexpected.


Sleeping Beauty, Maleficent gif, Maleficent Movies, Angelina Jolie, Disney Villain, elle fanning, aurora, black evil

Genre : Adventure / Fantasy (PG13)
Duration : 1 hour 37 minutes
My Rating : without Angelina (3/10)
               with Angelina (7/10)

 Synopsis :
            Pada zaman dahulu ade satu hutan besar berdekatan istana yang mana hutan ini didiami oleh pelbagai jenis pari2, jenglot, hantu galah serta spesis flora dan fauna yang pelik. Mereka ni hidup aman dan damai. Dalam banyak2 spesis dalam hutan tu ade sekor pari2 ni nama die Maleficent, die ni anak yatim piatu so as usual kurang kasih sayanglah kan. Maleficent ni merupakan pari2 yg lain dari yang lain sebab die ni ade sayap yang besar dan die ni juga merupakan makhluk paling kuat dalam hutan tu. Masa kecik time tengah main dalam hutan Maleficent ni telah terjumpa seorang budak lelaki bernama Stefan yang sesat dalam hutan tu. Lepas insiden tu diorang ni pun berkawan baik sampailah umur diorang 16 tahun. Memula kawanlah kan tapi lama kelamaan jatuh cinta. Ingatkan panas hingga ke petang, rupanya hujan di tengah hari, bila Stefan ni dah besar dia dah jarang melawat Maleficent kat hutan sebab busy dengan kehidupan baru die kat istana (woi Stefan ko tu dah lah x hensem, dapat awek lawa ko x hargai kan, buduss). So Maleficent ni pun layanlah perasaan sengsorang dalam hutan tu tanpa pakwe di sisi..


beautiful forest, Sleeping Beauty, Maleficent gif, Maleficent Movies, Angelina Jolie, Disney Villain, elle fanning, aurora, black evil, visual effects


            Pada suatu hari, Raja negeri tu titahkan semua askar ikut die pi serang hutan tersebut untuk luaskan lagi kawasan jajahan die, pada masa yang sama nak takluk semua makhluk ajaib yang ada dalam hutan tu. Sebagai pari2 paling kuat, si Maleficent ni pun cubalah lindungi hutan tempat tinggal die dari dirembat Raja tua tamak tu. Time tengah berperang, si Raja kertu ni dapat penyepak free versi Tomb Rider dari Maleficent menyebabkan die cedera dan bengang giler dengan Maleficent. So before die mampos, die panggil semua pegawai tertinggi termasuk Stefan sambil bagitau sape yang dapat bunuh haiwan bersayap besar aka Maleficent tu, orang tersebut akan dapat kahwin dengan anak perempuan die dan menjadi Raja di negeri tersebut. Si Stefan ni pun sukelah sebab die kenal Maleficent kan. Then dengan pantasnya die pi jumpa awek lama die tu, pujuk2 sket sebab dah lama x melawat sampai Maleficent tu cair pastu bagi minum air ubat supaya Maleficent ni x sedarkan diri. Bila Maleficent ni dah pengsan die pun cuba nak bunuh tapi x sampai hati so die pun potong sayap Maleficent untuk bagi kat Raja.

          Bila Maleficent ni bangun die pun meroyan sebab bende paling penting dalam hidup die which is sayap dah kene rembat. Semenjak hari tu die dah x percaya dengan cinta dan bertukar jadi jahat. Time die tengah bersedih tu die terjumpa satu burung gagak yang kena tangkap dengan pemburu dan selamatkan burung tu. Sebagai balasan burung tu sanggup untuk jadi hamba abdi aka PA Maleficent. So ape2 update yang ade mengenai Raja Stefan kat istana tu si gagak ni akan bagitau Maleficent. Bila Princess Aurora selamat dilahirkan, Raja Stefan pun buat satu majlis untuk meraikan kelahiran puteri beliau. Ramailah yang datang untuk bagi hadiah termasuklah 3 ekor pari2 kecil dari hutan tersebut. Bila Maleficent dapat tau berita tersebut die jadi bengang giler sebab ex balak die bukan je dah rembat sayap die malah boleh plak kahwin dgn puteri raja sampai dapat anak. Best je hidup si Stefan kat istana tu walhal Maleficent menderita kat dalam hutan. Tanpa diundang, Maleficent dengan muke selambanya datang ke majlis tersebut. Persis seorang diva, Maleficent pun buat catwalk masuk istana sambil cakap..


Maleficent Movies 2013, Beautiful, Angelina Jolie, gif, Disney villain

Kalau ikut cerita klasik Sleeping Beauty, Maleficent ni datang majlis tu marah2 sebab bengang x dijemput which is x masuk akal. Tak jemput datang majlis sambut baby ko nak bengang sampai sumpah orang bagai ko dah kenapa, tapi bila tengok filem ni baru aku boleh terima kenapa si Maleficent ni benci sangat kat Raja Stefan tu.. oh Maleficent im so in love with u now.. why ure so beautiful.. tetiba.

Berbekalkan dendam yang masih membara, Maleficent ni pun sumpah baby Raja Stefan tu which is Princess Aurora untuk tidur selama-lamanya apabila jarinya tercucuk jarum mesin jahit pada hari lahirnya yang ke 16 nanti. Kenapa 16 erk? maybe sebab hubungan cinta si Maleficent dgn Stefan ni mula renggang bila usia mereka 16 tahun kot.. Dengan gelabahnya Raja Stefan ni pun merayu kat Maleficent untuk kurangkan curse die tu so Maleficent pun letak syarat, kalau ade orang yang dapat beri ciuman cinta sejati kat Princess Aurora sumpahan tersebut serta-merta akan hilang. So untuk tahu dengan lebih detail lagi mengenai movie ni boleh pi tengok k =) 


Sleeping Beauty, Maleficent gif, Maleficent Movies, Angelina Jolie, Disney Villain, elle fanning, fairies, fairy god mother

Just nak cakap sepanjang aku tgk movie ni aku rasa kesian kat Maleficent ni. Fyi, dalam movie sleeping beauty klasik tu sebenarnya manusia yang paling baik skali ialah Maleficent ok, maybe itu yang cuba disampaikan oleh Disney dalam movie baru die ni. Kenapa aku cakap Maleficent ni baik? Lepas ape yg si Stefan ni buat kat die, die x de pun bunuh mamat tu even die kuat giler.. die datang bagi curse je.. tu pun siap boleh bagi discount lagi curse die tu bila Stefan mintak.. Pastu si Maleficent ni lah pagi petang siang malam duk tengokkan Princess Aurora kat dalam hutan dari die baby sampailah remaja lepas Raja Stefan hantar anak die tu untuk tinggal di dalam hutan sampai umur 16 tahun.. dah lah dalam hutan, duduk pulak dgn 3 ekor pari2 kecik yang super bodoh dan x reti jaga baby. Pastu Maleficent ni sanggup tarik balik curse dia time Aurora tidur tapi x berkesan sebab umur Aurora time tu belum cukup 16.. Dan bukti paling nyata yang Maleficent ni berhati mulia apabila curse yang ada pada Puteri Aurora tu hilang bukan sebab ciuman putera raja (putera tu pun si maleficent yg bawak) tapi sebab ciuman kasih dan sayang Maleficent kepada Aurora! (major turn off haha)


Sleeping Beauty, Maleficent gif, Maleficent Movies, Angelina Jolie, Disney Villain, Elle Fanning, Shiloh jolie pitt

Dalam banyak2 part yang ada aku paling suka part atas ni, sweet sangat bila tengok budak tu peluk Maleficent sambil suruh angkat die, budak kecik tu sebenarnya anak Angelina Jolie, Shiloh nama die.. time shooting filem ni semua budak nangis bila tengok Maleficent tapi si Shiloh ni rileks je gelak2 tengok mak die ade tanduk, tu pasal die terpilih utk pegang watak Princess Aurora masa kecik XD One more thing, Lagu Once Upon A Dream di akhir filem Maleficent nyanyian penyanyi pujaan hatiku, Princess Lana Del Ray juga merupakan salah satu sebab kenapa aku merajinkan diri untuk pi tengok movie ni, what a creepy yet freaking addictive song!




P/s : x sempat nak tengok Filem Abang Long Fadil sebab dah malam, tengok trailer macam gempak je hopefully cerita pun macam tu jugaklah kan..


15 comments:

  1. agaknya berapa lama syira tak singgah sini ye ?
    hehe..maaf kurang blogwalking..

    ReplyDelete
  2. costum angelina joulie buruk kali yaa!

    ReplyDelete
  3. Hai..suke si cantik Angelina Jolie tu..

    ReplyDelete
  4. Whoa.. nak tgk movie ni la nanti. Mcm best je baca 'sinopsis' tauke blog ni. Hohoho

    ReplyDelete
  5. masih lagi tak smpat nk tgk movie ni ..

    ReplyDelete
  6. wah cm best je nak kena g tgk ni ^_^

    ReplyDelete
  7. good review by the way :) best nih

    ReplyDelete
  8. cool version of sleeping beauty.

    BW please: www.ochannomonogatari.com

    ReplyDelete
  9. mcam nak pi try jeh..tq for review:)

    ReplyDelete
  10. waaahhh dah tengok??

    http://butikgebugebu.blogspot.com/

    ReplyDelete
  11. sukaaaaaa citer nie! and yes mmg maleficient mempunyai hati yg suci sbenarnye ;)

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  13. i know its kinda late to comment bout the review....but, de way ko ceritakn sinopsis maleficent ni mmg lawak bengongla...hahahahaha....lg satu, tu bkan jarum mesin jahit. tu mesin utk pintal benangla bang oitttt...hahahahha

    ReplyDelete