Follow Button
Dashboard Button
Back to top
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Wednesday, December 31, 2014

Wordless Wednesday 1 : Goodbye 2014



2015 new year, new chapter books, first blank page, new year's resolutions


P/s : Moga azam aku pada tahun baru ni dipermudahkan olehNya..


Thursday, December 18, 2014

Slimming Sanctuary Penipu!


Nota mintak kaki : For those yang mengamalkan bahasa jiwa bangsa watsoeva tu, anda x digalakkan untuk membaca entry ini, i know most of the time my malay language sounds quite harsh but thats they way im expressing my feeling (orang Melaka kot) + this is my personal blog so aderakukeysah :p

Salam kesayangan semua actually masa tulis entry ni aku tengah berkursus selama 2 hari tetiba rasa macam boring and teringat plak kat blog aku yang dah lama x bukak ni, nasib password ingat lagi. Disebabkan post aku mengenai New York Skin Solution masih lagi mendapat sambutan so harini aku nak update pasal satu lagi syarikat yang lebih kurang sama je dengan NYSS iaitu Slimming Sanctuary. Nama je slimming tapi macam2 treatment ada dalam ni. Al kisahnya last weekend aku sesaja je browse Groupon pastu ternampak satu voucher dari Slimming Sanctuary dan dengan selambanya aku pi beli. Aku ni kan ade penyakit x suke tengok ade duit banyak dalam bank x tau kenape haha, mesti aku nak habiskan jugak sebab kengkadang aku pk ajal maut x tau datang bile kan so ada baiknya aku habiskan duit yang ade tu cecepat lol tapi mood sewel aku ni akan datang beberapa bulan sekali je.

Aku beli sebab nak tengok boleh percaya ke x Slimming Sanctuary ni sambil nak investigate tahap kepenipuan syarikat2 kecantikan kat Malaysia yang semakin banyak bagaikan cendawan tumbuh selepas hujan (research study ko x nak plak investigate kan xp) Kat bawah ni pakej yang aku beli:

harga rawatan muka slimming sanctuary, rawatan muka penipu, slimming sanctuary review, groupon deal, pusat kecantikan dan pelangsingan penipu

So aku pun buatlah appointment dan pada hari yang ditetapkan aku pun pergi. Main intention aku pergi pun sebab nak pi tengok wayang and kebetulan slimming sanctuary ni bawah cinema tu je. Masuk2 je aku tengok x de orang sebab weekdays, i likee :) Then aku nampak ahmoi2 lenglui aka staff kat situ tengah lepak2 depan lobi sambil bercakap dengan seorang makcik ni. Kesian aku tengok makcik tu, macam2 kene suruh, aku x kisah kalau ko nak mengarah pon tapi cara tu kasi baik sikit la wei, dari mata kau, body language sampailah ke nada suara, nampak sangat ko pandang rendah kat makcik tu kan, mentang2 die keje cleaner je kat situ, sabar ajelah.. that's what real bitch attitude looks like.. dunia ohh duniaa

dan aku masih lagi terpacak kat depan lobi sambil memerhati gelagat makcik tu ambil order dari those ahmoi

ahmoi A : makcik u order nasi ayam beli kat atas, kasi pilih ayam besar punya, talak mau peha, itu sos mau lebih, kicap sama jugak kalau x de u kasi cari sama tempat lain ok

Makcik : adik mak cik takut kene marah.. situ x boleh minta lebih2

ahmoi B : boleh lorh makcik, u kasi pujuk lahhh saya mau sama juga, air mau teh kurang susu bla bla bla
ahmoi C,D,E : pot pet pot pet  HAHA pot pet pot per YA LORHH pot pet pot pet..
ahmoi F : Hi sir may i help u, have u made any appointment? :)

Aku : YES ( bitch.. ko baru perasan ke kewujudan aku ni -___-' )

Then dia minta IC dengan voucher dan aku dibawa ke satu bilik khas untuk sesi consultation oleh seorang pekerja wanita indon, dalam hati.. siap sedialah kau untuk disekolahkan macam yang sebelumnya khalid oii..

Tetiba manager dia pun masuk,

Manager :  may i know, do your IC start with 9? 
Aku : yes, why? 
Manager : ure not eligible sebab u belum cukup umur lagi, dalam deal di groupon kami ada tulis those yang berumur 25 tahun dan ke atas sahaja yang layak
Aku : (ye ke, aku macam x nampak pun no 25 dalam deal tu hmm..)
Time tu aku ingat2 lupa, nak refer voucher dah diambil so iyekan jelah.. but bila dah sampai rumah aku online tgk balik 18 and above, demm lidah bercabang punya manager! 
Aku : so macam mana ya? can i get back my money ??
Manager : No u cant? maybe u can give this voucher to your brother or father :)
Aku : (yes i can get my money back u noob, ingat aku budak sekolah ke, im paying using paypal ok. Btw bapak ngan abg aku sah2 natural beauty, guna air sembahyang je muka dah berseri lol, ko gile ke ape nak suruh aku bagi voucher penipu ni kat diorang, dapat ceramah free den nanti)
Aku : So how?? I just come here for this facial treatment listed in this voucher, not more than that coz i have no cash and im a student.
Manager : u can proceed but ure too young for this treatment, those older people with saggy skin je yang boleh, u boleh ambil pakej student ok, kita ada buat 50% discount, 5 treatment = RM500++ atau pun u boleh ambil single acne facial treatment, just tambah lagi RM200
Aku : (haha sama ajelah modus operandi syarikat korang dengan yang lain2 tu, nakharoom)
Aku : saya x mau keluar satu sen pun, boleh?
Manager : atau u boleh ambil sesi facial paling murah, soothing treatment worth RM140 tapi saya kasi murah sama u, tolak sama u punya voucher 140 - 58 = RM82 sahaja
Aku : saya x mau keluar duit, saya nak teruskan jugak treatment dalam voucher ni 
Manager : x boleh lorhh.. muka u teruk ada banyak merah2 bekas jerawat lagi bla bla bla..
(aku rasa kalau ko letak Mario Maurer kat situ pun die akan komen mcm2, dasar iblis cermin kiri kanan x de pulak ko nampak muke ko macam mana kan)
Aku : It's ok, saya nak buat treatment tu jer
Manager : hmmm, ok its up to u, kalau muka u rosak u jangan datang sini mengadu ya :) (senyum sinis)

Itulah statement paling celaka yang pernah aku dengar sepanjang tahun 2014 ni lol. Buat manager vongok tersebut ko tau x gaji ko setahun pun belum tentu cukup untuk bayar kos yang aku keluarkan untuk rawat masalah kulit aku ni, sedap2 mak bapak ko je keluarkan statement macam tu kan. Dalam erti kata lain die nak cakap yang kalau aku x mau keluarkan duit muke aku akan dirosakkan or else voucher aku tu kira burn. Both situation pelanggan mcm aku ni akan mengalami kerugian, inilah yang dinamakan teknik memaksa versi Firaun, kesannya pelanggan akan rasa terikat dan terpaksa membayar service yang tidak diingini dalam keterpaksaan.

Nampak x permainannya? Sama je lah dengan New York Skin Solutions, Yun Nam Hair Care, London Weight Management, Mayfair, Marie France Bodyline dan yang sewaktu dengannya. Syarikat2 ni diorang dari segi aesthetic knowledge dan skill x banyak mane pun (setakat ambil kursus beberapa bulan je dah dapat certificate) tapi kalau bab skill menipu, putar belit fakta, memaksa pelanggan for the sake of money memang diorang pandai sebabnya yang ade dalam kepala hotak diorang tu hanyalah duit duit dan DUITTT. Aku banyak je pengalaman kerja bahagian marketing ni so aku memang tau kalau sales x capai target bos akan mula buat muke ketat dan asyik mendesak, natijahnya bonus x dapat dan silap2 haribulan gaji kene potong atau lebih teruk lagi kene buang kerja terus.. tapi janganlah sampai ko nak menganiaya orang lain. Cuba ko bayangkan customer yang datang tu rakyat marhaen je, makan pun mengharapkan duit BR1M then senang2 je kene tipu, ape perasaan diorang ko rase? yang ko tau capai target sales, buat duit banyak2 then kenyangkan tekak sendiri.. such a selfish world! With this kind of attitude aku rasa those yang kerja belakang lorong haji taib tu lagi mulia dari korang, at least diorang x memaksa dan menyusahkan orang lain..

Lagi satu yang ade masalah berat badan tu silalah berhenti dari berangan nak kuruskan badan korang dengan pergi tempat2 macam ni yer. Kalau duit kau tu berkepuk lain ceritalah kan. Lagi afdal kalau ko pi exercise at least 3 times a week, detox regularly, jaga pemakanan, tidur awal, kawal nafsu, kawal stress lagi terjamin kesannya
Be sensible laa.. ko ingat model VS tu sume dapat badan cantik buat treatment je ke, diorang exercise bagai nak rak berjam2 sehari even dah sedia cantik ok, inikan pulak ko yang sejak azali dah macam tong drum, 
lagilah kene usaha lebih. 

NO PAIN NO GAIN!

Back to the story, lastly aku ambil je pakej soothing treatment tu sebab nak experience service kat situ, lagipun malas nak argue lebih2 dgn manager tu nanti x sempat plak nak pi tengok movie.
Dalam kupon tu tulis 2 hour 5 minute package includes :
Complimentary relaxing foot spa 
Complimentary relaxing scalp massage 
Men’s ultrasound lifting facial: - Double cleansing - Exfoliation - Extraction - Ultrasound treatment - Face and shoulder massage - Floral soft mask application - Moisturiser and UV protection application

Tapi x semua service yang dinyatakan tu ko dapat, propa je lebih. Overall treatment biasa2 je and totally NOT WORTH THE PRICE. Yelah setakat cuci muka, then die wapkan sebelum buat extraction sket pastu pakai mask, then ko tidolah macam mumia kejung selama sejam dengan mask di muka and lastly dia bersihkan muka ko, sapu serum dengan krim sket and then selesai. Obviously bende2 tu semua boleh je buat sendiri kat rumah, lagi jimat.

Konklusinya aku memang x galakkan pergi tempat2 mcm ni klu korang ade masalah kulit yang serius, klu setakat pergi suka2 nak perabih duit tu boleh lah kot. Kepada yang ade masalah kulit tu ada baiknya pergi terus Klinik Pakar Kulit. Even mahal sikit tapi berbaloi, dari pi tempat yang murah tapi x de hasil pun buat apakan. x payah lah ko nak samakan tempat kat atas ni dengan klinik dermatology, bezanya bagai langit dengan bumi ok. 
Dr nak dapat certificate terpaksa bertungkus-lumus belajar sampai 5-6 tahun, 
diorang ni semua baru dapat certificate 5-6 bulan dah banyak cekadak.

Kepada yang duduk Melaka tu aku highly recommend pergi Klinik Dr. Subra kat jalan Ong Kim Wee tu. Aku memang pergi situ je klu ade skin probs, dr yang rawat and consult aku tu nama die Dr. Muniandi, aku cakap muke dia ade iras2 pelakon Life of Pie, gelak je die dengar (dalam hati suka lettew). Die tu even muda lagi tapi banyak pengalaman and excited je kalau nampak aku datang sebab aku akan tanya dia banyak soalan scientific lol 
+ harga service kat situ berpatutan dan hasil pun nampak.

For those yang ade sebarang pertanyaan tu bolehlah komenkan soalan korang tu di bahagian komen kat bawah ni ye, InsyaAllah bila free nanti aku akan jawab soalan2 korang tu semua - Adios ;)


P/s : Tengah struggle nak siapkan research paper and thesis.. hazabnyer buat master by research ni kan huhu