Follow Button
Dashboard Button
Back to top
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Sunday, November 17, 2013

Bunuh Filem Melayu



jump building, killing , suicide


Fikiran menerawang. Kepala pusing.. mata merah.. yes im sick.. still. High fever, almost 5 days dah terlantar atas tilam.. melihat kipas siling berputar.. putaran menentang arah jam.. lifeless.. boringnyer rasaa.. should i just kill myself.. yes bunuh diri.. mati.. (if matilahkan) then?

hmmh.. nice poster, 2 insan x dikenali.. elok paras rupa, persis pensinetron dari seberang..wateva. Wei nak tengok citer ape ni. Citer omputih le apeke lagi.. Citer Kil ni baru keluar ko x nak tengok ke..Mat Salleh Celup tol, support lah sket filem melayu. Movie melayu ke tu?.. Yes Kil is Malay Movie. Bunuh Filem Melayu ada paham. Sorry la, aku kalau citer melayu ni ada takut sket nak tengok kat wayang, bukan apa.. risky haha.

Yes, sepanjang aku keluar masuk pawagam, seingat aku ade satu filem melayu je yang pernah aku tengok. Magika. Indah khabar dari rupa. Keluar panggung menyesal 3 tahun. Don't blame me ok, penniless student of courselah pelaburan dibuat pada yang terbaikkan. Anyway nice try KRU Studios coz ure the only malaysian movie production yang berani ambil risiko buat filem² macam tu.

Kepala masih pusing. Kil movie online..   ENTER!   Adalah tehee, thanks pak cik google!  I know it's kinda lame right. Filem keluar awal tahun aku tengok hujung tahun then siap nak buat review bagai haha, ada ke orang yang nak baca? entah² ko sorang je yang x tengok lagi.. phuiii. Persetankan semua itu #aderakukeysah


Kil, sebuah filem yang boleh dikategorikan sebagai indie urban love. Susah untuk aku labelkan filem Melayu sebagai best. Tapi filem ni lain, subdued and almost dignified. Jalan cerita unik. Sinematografi yang menarik. Lakonan bersahaja. Vintage, rasa macam tengak video kat instagram pulak. Buang ego dan mengaku yang filem ni best. Filem melayu yang best. Menyesal x tengok kat wayang dulu. MSC katanyer. POYO

Filem ni dilakonkan oleh Redza Minhat (x kenal tapi pernahlah dengar nama die before) & Cristina Suzanne (x pernah tau pun dia ni wujud) Sweet giler diorang dalam movie ni.. x ade pun nak jiwang² sangat. Sempoi je bercinta. Everytime they make a conversation, aku plak yang feeling dejavu.. rasa macam pernah lalui situasi yang sama.. maybe.. tapi entahlah.. Btw heroin filem ni cantikkan :) ade iras member sekelas aku si Aimy Khalid namanya. Rupa, style cakap.. semua samalah. Kembang seminggu kalau die baca ni. Berkat nama bapak die Khalid lah tu kan haha

Tapi kenapalah diorang berdua ni jarang nampak kat TV. Maybe sebab si Redza ni dah ada kerjaya tetap sebagai pegawai bank kot.. or maybe memilih watak.. insecure perhaps. Si Cristina ni pulak maybe selalu dapat tempahan buat kek lapis, x pun chocolate moist.. sesuka hati aku je kan. Pujian yang seterusnyanya harus diberikan kepada pengarah muda Nik Amir Mustapha kerana mampu memberi nafas baru kepada industri perfileman tanah air. Kil ni filem pertama arahan dia tuu, x lama lagi akan keluar filem arahannya yang kedua bertajuk Terbaik Dari Langit. Just can't wait to watch it. Kat bawah ni aku tepekkan poster filem tu. Muka memasing macam nak ambil gambar IC lol. Kepada yang x tengok lagi filem ni bolehlah layan full movie yang aku letakkan kat bawah tu ye. Happy Watching! :)


kil movie poster, malay movie, review kil movie, redza minhat, Cristina Suzanne Stockstill, Nik Amir Mustapha, kris cempaka

Sinopsis

Akil (KIL) adalah seorang lelaki muda yang tertekan dan mempunyai kecenderungan untuk membunuh diri, tetapi dia tidak pernah berjaya untuk melakukannya. Cubaannya untuk membunuh diri sentiasa gagal sehingga dia menemui penyelesaian yang sempurna: agensi pembunuhan aneh yang membantu orang untuk membunuh diri. KIL bersetuju dengan syarat-syarat yang diletakkan oleh syarikat tersebut. Pembunuhan akan dipelihara sebagai sulit. Dia tidak akan tahu maklumat tentang siapa pembunuhnya atau bila dia akan mati. Ini adalah ideal untuk KIL. Namun segalanya berubah apabila dia mula jatuh cinta dengan seorang gadis yang  ditemuinya secara kebetulan, Zara. KIL mula was-was untuk mati.





Selain Bunuh Filem Melayu, dalam entry ni jugak aku nak cerita sikit mengenai filem/drama yang boleh Membunuh Pemikiran Orang Melayu. So aku nak sharekan sikit artikel yang telah ditulis oleh saudara Mizan Hashri di FB beliau. Bagi aku pendapat yang dia lontarkan dalam artikel tersebut sangat bernas. Actually dah lama benda ni terbuku dalam benak fikiran aku ni cuma x terluah je. Fikir-fikirkan dan Selamat Membaca :)


teduhan kasih, love u mr arrogant, playboy itu suami aku, drama melayu

Kebelakangan ini (atau sebenarnya sejak sekian lama sebab perkataan kebelakangan ini diletak hanya sebagai penyedap, wakaka!) drama-drama siri melayu berjaya mewujudkan komuniti peminatnya sendiri. Meskipun sebahagian besar plotnya diseragamkan kepada konflik percintaan, peminatnya tetap tidak jemu menagih cerita yang berakarkan emosi berlebihan. 

Antagonis menggoda protagonis (unsur seks dan curang). Anak kepada hartawan atau tokoh korporat. Makan di restoran eksklusif. Memandu kereta mewah. Ini semua adalah apa yang yang sering kita lihat dari drama melayu. Seakan tidak mencerminkan pendapatan perkapita negara dan fakta 78.6% pekerja bergaji dibawah RM3000. 

Apa yang kita dapat belajar dari semua ini? Ya, ada mesej kesetiaan dan kekeluargaan. Tapi semuanya dihidangkan berlebihan seperti menjadi hamba kepada hubungan barbarik. 

Memandangkan premis artikel ini adalah untuk dijelaskan bagaimana drama TV dapat merevolusikan individu ke arah progresif seperti menjadi lebih produktif, maka perbandingan antara drama melayu dan drama dari Amerika perlu dijadikan sampel untuk meneliti lakaran seni yang berbeza dan sumbangannya kepada penonton. 


Perbandingan Plot dan Idea Dari Kepelbagaian Disiplin

Perhatikan senarai drama-drama popular tempatan dan drama TV dari Amerika ini 
(dipilih secara rawak tanpa kronologi) :

Tentang Dhia (cinta/cinta seorang isteri yang suci)
Setia Hujung Nyawa (cinta/kahwin segera)
Dejavu di Kinabalu (cinta/pertemuan tiba-tiba)
Adam & Hawa (cinta/bertemu selepas berpisah)
Sehangat Asmara (cinta/pasangan suami/isteri bertemu kembali)
Cinta Jannah (cinta/kahwin segera)
Sebenarnya Saya Isteri Dia (cinta/kahwin segera)
Teduhan Kasih (Cinta/cemburu/kemelut perkahwinan)
Love You Mr. Arrogant (cinta/kahwin paksa)
Jodoh Itu Milik Kita (cinta/kahwin paksa)

Sementara itu drama TV Amerika pula :

House MD (perubatan/socratic method)
Breaking Bad (sains/guru kimia bertukar kerjaya menjadi raja dadah)
Lie to Me (penyiasatan/applied psychological)
Under the Dome (sains fiksyen)
Elementary (penyiasatan/deductive reasoning)
Hostages (thriller/rancangan membunuh presiden)
The Big Bang Theory (sains/komedi sekumpulan saintis)
The Walking Dead (ikhtiar hidup/konflik kemanusiaan)
Suits (legal/case management strategy)
The Mentalist (penyiasatan/social engineering)

Barisan drama melayu popular seperti dijangka majoritinya berkonsepkan tema yang sama, melestarikan emosi. Sementara drama TV Amerika menampilkan ledakan kerjaya dan fokus kepada ikhtiar kehidupan dari segi ekonomi dan sosial. Skrip digarap kemas dan secara falsafahnya membuat komentar terhadap kehidupan. 

Sementara skrip melayu seperti biasa terikat dengan emosi, emosi dan emosi. 
Penonton drama TV Amerika terdedah kepada berbagai-bagai lapangan ilmu. Input berbentuk cerita mengenai sains, perubatan, psikologi, pemikiran saintifik dan ikhtiar hidup boleh menjadi sumber inspirasi kepada prestasi peribadi sama ada dalam bidang pendidikan dan kerjaya. Dalam hal ini, penulis drama TV Amerika seakan berjaya mempromosi ilmu pengetahuan sebagai sesuatu yang kool untuk dikuasai.

Tun Dr. Mahathir sendiri sebelum ini yang pernah menghalang cerita seram semasa pentadbirannya berkata filem seram ini tidak menggalakkan masyarakat menyelesaikan masalah dengan pendekatan saintifik. Even seorang Perdana Menteri pun sempat lagi meneliti kesan rancangan TV. Dalam kata yang lain, dia akan menyokong drama atau filem yang menyuburkan budaya saintifik. 


Produktiviti

Harvey Specter dalam cerita Suits tekun menaip di laptopnya sebaik sahaja masuk ke biliknya, begitu juga Mike Ross, dengan keupayaan memori fotografik, dia bekerja keras dalam menyelesaikan satu-satu kes. Dari timbunan fail dan dokumen, dia menganalisa sehingga menemui ‘peluru' untuk mengalahkan pihak lawan. Sherlock Holmes dalam versi New York di Elementary bukan sekadar duduk bersahaja sambil meneka.
Di beberapa babaknya dia kelihatan meneliti berpuluh-puluh lembaran dokumen serentak dengan tekun. 
TV Melayu sebaliknya berbeza, meskipun agak kerap diwacanakan watak-watak yang bekerjaya tinggi, babak kerjaya hanya sepintas lalu. Walau berada di pejabat tapi wataknya seakan terperangkap dengan isu-isu emosi. Duduk di pejabat tetapi fikiran ke arah lain. Dalam dunia sebenar, pekerja seperti ini kemungkinan besar akan menghadapi masalah untuk berdepan dengan performance appraisal.


Bahasa Inggeris

Beberapa tahun kebelakangan ini ada polemik tentang pengajaran sains dan metamatik dalam bahasa inggeris, sehingga pejuang bahasa atau penentangnya duduk protes di jalanan.
Realitinya, isu ini bukan hendak membunuh bahasa melayu. Isu import bahasa inggeris ke bahasa melayu yang berterusan sehingga kinilah yang patut dikritik seperti perkataan koreksional dan destini.

Disebabkan polemik dan sikap komik yang tidak berkesudahan ini, kita terpaksa mengambil langkah sendiri untuk memantapkan penguasaan bahasa inggeris. Menonton drama TV berbahasa inggeris adalah salah satu daripada cara yang kreatif untuk menambahkan kemahiran berbahasa inggeris tanpa perlu mengharapkan kerajaan atau mana-mana ahli politik. Pendidikan adalah tanggungjawab peribadi dan cara untuk belajar sebenarnya bebas. Jadi, lebih banyak drama TV berbahasa inggeris yang ditonton, lebih meluas pendedahan kepada bahasa inggeris. Malahan ada diantara skrip drama TV ini boleh digunakan ketika perbualan, semasa mesyuarat dan juga untuk diabstrakkan ke kertas kerja. 

Semasa artikel ini sedang ditulis, TV3 baru sahaja menyiarkan siri terbaru berjudul “Playboy Itu Suami Aku”. Ini adalah antara adaptasi dari novel-novel yang mana plot seirasnya bergelimpangan di kedai buku-buku. Habis apa selepas ini? “Isteriku Seorang MILF”?, “Suamiku Dulu Ganas Kini Manja”?

Entah lah.. Aku hanya mampu menggelengkan kepala. Terpulang kepada mereka sama ada mahu menggunakan hiburan dari drama TV sebagai hiburan berintelektual yang memberi semangat dan inspirasi, atau mahu terus horny dengan emosi..


P/s : Dalam hidup ni memang kita tak dapat lari dari membuat pilihan.. moga pilihan yang aku buat ini merupakan pilihan yang tepat.. dan moga sakitku ini cepat sembuh hendakNya. Amin.. sobs

141 comments:

  1. fae agak memilih kalo nak tonton filem melayu..

    ReplyDelete
  2. Nak try tengok KIL satgi,thanks sharing =)

    ReplyDelete
  3. see memang perwatakan antagonis n pratagonis susah nak kembangkan penulis novel malaysia sekarang

    ReplyDelete
  4. wow kupasan entri sangat baik sekali :) penggunaan ayat yang sangat hebat

    ReplyDelete
  5. that's why muna tak berapa minat tengok filem melayu.. jalan ceria tntang cinta semua sama... nice sharing...:)

    ReplyDelete
  6. Bagus share buah pemikiran macam nie.. minda terbuka :D

    ReplyDelete
  7. Not only the film, but semua lagu/soundtracks dalam filem ni pun best.. well done Nik Amir :)

    ReplyDelete
  8. Perkongsian yang sgt menarik :D Wah x sangka MSC mcm Khalid ni pun puitis juga orangnya ya haha

    ReplyDelete
  9. memanglah kita kena sokong filem/drama/ novel melayu..
    tapi bila balik2 keluar genre lebih kurang sama...
    kalau musim filem seram, semua nak buat filem seram dan sebaliknya...
    skrg nie pulak tgh up drama2 tv adaptasi novel, balik2 sama ajer lebih kurang jalan cerita...
    kalau asyik sama jer lama2 penonton bosan jugak...

    ReplyDelete
  10. Memang bagus kalau ada producer/penulis novel yg nak hasilkan something yg worth watching or reading.. But then, again.. Will the majority of the people accept this kind of change.. Sebab kebanyakan producer nak untung je.. And they will follow the demand. Kalau nak producer tu hasilkan cerita yg ada kualiti.. Kita boikot je jangan tengok cerita cintan-cintun ni sume haha

    ReplyDelete
  11. betul. tak semua filem melayu yang betul betul melambangkan industri filem kite. thanks sharing. :)

    ReplyDelete
  12. nitip jejak gan...
    http://mosof.blogspot.com/

    ReplyDelete
  13. hahaha...zaza kan lebih gemar drama melayu tv1 dan 2 berbanding cerita tv3 kul 7 ni.. zaza mmg xpernah tgk dh tv kul 7 ni..tiga cerita kat atas tu xpenah tonton.. hehehe... cita BI pula, zaza suka yg fiksen, pasal2 penyiasatan..

    semoga cepat sembuh dari sakit.. :D

    ReplyDelete
    Replies
    1. Thanks for being the only one yg wish supaya saya cepat sembuh :*)

      Delete
  14. i force my bf to watch KIL with me.. and he said at last! ada juga filem melayu yang bernas.. hikhik

    ReplyDelete
  15. sharing lengkap! wah!!! hebat bro

    jemput datang ke website baru saya syokbah.com
    terima kasih!

    ReplyDelete
  16. Khalidd ada cite insidious 2 tak ? hikhikhik. btw, aku tak pat tgk cite ni kat wayang.. trailer mcm menarik..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sorry for the late reply, x perasan komen ko haha XD
      Boleh tengok kat sini ye cik Betty : Insidious Chapter 2 [Online Streaming HD]

      Delete
    2. Thanks for the link! x sempat nak layan movie ni kat pawagam haritu..

      Delete
    3. Agak bosan lah cite Insidious 2 ni.. still x bleh lawan The Conjuring

      Delete
  17. ya, saya lebih suka layan cerita daripada luar yang tak terlalu berkaitan dengan cinta manusia/kahwin paksa/hidup mewah everything lah kan. antara cerita luar saya tengok, Granaz. unsur kekeluargaan, moral lebih banyak. best sangat.

    ReplyDelete
  18. wah... ulasan yang cukup panjang dan bernas,. tak mampu saya nak buat macam ni.
    Tahniah! boleh membuka minda remaja!

    http://novaleeza.blogspot.com

    ReplyDelete
  19. Holla, singgah di sini. Idea and pendapat yang kritikal but worth to think it after. Tak berapa suka siri cerita melayu yang merapu. But love untuk tonton cerita english, siri atau drama yang thrill. But keep it up, mana tahu kan lepas ni akan ada lagi ramaiberfikiran begini...(^___^) From Eqin Comel...:P

    ReplyDelete
  20. hai.. dah singgah & pusing2 blog awk.. BTw nice blog and entry yang bagus.. mesti ramai visitor.

    ReplyDelete
  21. Ulasan yang cukup panjang lebar... Drama adaptasi novel memang kebanyakannya berkisarkan tema cinta dan kahwin kerana terpaksa.. Kadang-kadang rasa bosan.. Namun, filem atau drama bahasa inggeris terlalu banyak aksi dan saspen sehingga menyesakkan fikiran... jantung ni berdegup kencang tahu..

    Done follow your blog.. i like your writing...
    Btw, semoga cepat sembuh... saya pun tengah demam jugak ni tapi gagahkan jugaklah...

    From Nur Fariza... :)

    ReplyDelete
  22. Pergh...hg memang dasyat brooo..dah lama aku nampak benda macam hg post ni tapi aku pun macam hg xterlontar dari hati..terima kasih kerana sebahagaian dari pandangan aku....hhahahaha...menarik review hg broo..lengkap...

    ReplyDelete
  23. nice sharing. haha. nak kritik cerita melayu n novel melayu yg mcm copy paste tapi tak berani.
    good job.. semoga cepat sembuh =)

    ReplyDelete
  24. samalah kita :) huhu.. memang tak berani nak tgk citer melayu kat wayang. takut menyesal, taubat tak tengok dah. tengok review dulu dah puas hati baru pergi tengok. nnti membuang duit je

    ReplyDelete
  25. ada film noah gk gan ( awal semula )?

    ReplyDelete
  26. saya suka sesuatu yg ada mesej dan saya paham bila tengok. Prefer drama dari filem. Filem melayu? memang saya tak tengok sbb bukan kaki wayang dan mungkin banyak cerita yang bagi saya NTAHPAPE. Wasting time je bila tengok. Dan saya peminat tv series (AXN, Fox, & seumpama dgnnya) sebab sarat dengan mesej dan saya suka la... jadi saya faham apa yg admin cuba sampaikan di sini..terima kasih

    ReplyDelete
  27. best entry . . Thank you for visit my blog . :) Hope have more story to share . and semoga cepat sembuh .

    ReplyDelete
  28. Mmng niat nak support drama atau filem melayu ada....tapi x taulah.....mungkin satu hari nanti

    ReplyDelete
  29. Wah, satu lagi temen blogger dari Malaysia, glad to know you, dude. Sebenernya kurang tau juga film-film di artikelnya, tapi pasti bagus-bagus ya :)
    Visit back and follow back from http://catatankiting.blogspot.com/ done :D

    ReplyDelete
  30. mantap mas posting y semua filem tu memmang memiliki seni tersendiri jdi kita harus menghargai karya org lain jika kita ingin d hargai visit http://nuansa-musik.blogspot.com

    ReplyDelete
  31. terima kasih sbb follow blog saya...www.izzaraamani01.blogspot.com

    wah, tak boleh nak komen sbb saya nie dikategori kan sbb peminat drama melayu & novel melayu gak..tak berkecil hati dgn artikel di atas sebab masing2 ade pendapat tersendiri, minat tersendiri & fahaman tersendiri.
    semoga terus maju jaya dalam dunia blog ye en Khalid

    btw, Cristine Suzanne tu saya kenal masa dia berlakon dalam cerita adaptasi novel alaf 21..tajuknya Bicara Hati di astro ria/prima (tak ingat dah) sbb x follow mana cerita tu...hihihi

    ReplyDelete
  32. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  33. salam persinggahan.. menarik entri nie.

    ReplyDelete
  34. Great!TQ for sharing~
    http://tentanghati98.blogspot.com

    ReplyDelete
  35. blogwalking...

    pelajarlog.blogspot.com

    ReplyDelete
  36. wow mantap banget ni ....

    numpang sharing ya gan

    http://beritasebolapertama.blogspot.com/

    ReplyDelete
  37. jarang tgk citer melayu..bukan tak support,entahlah.maybe sama je kot jln cerita,so agak bosan.lagi prefer citer movie english,cartoon and korea ^_^

    ReplyDelete
  38. sama laa dgn dilla ,,cerita melayu mmg tak layan ,,asyik2 cinta pastu gaduh2 gengstr lak,, :) love this entry

    ReplyDelete
  39. wihhh blog film mantep nh broo :D

    ReplyDelete
  40. postingannya mantap bro

    ReplyDelete
  41. tanks mas ... ijin nitip link :)
    http://www.beriharga.com/

    ReplyDelete
  42. blognya mantap gan, ditunggu kunjungan balik dan komentnya di blog baru ane gan

    http://teknisilaptopkomputergayo.blogspot.com/2013/10/cara-mendapatkan-uang-rp115000-perhari.html

    ReplyDelete
  43. cool bro..
    tapi belum tengok la filem ni. Kene cari masa. huhu...
    thx for the review.

    ReplyDelete
  44. nice entry..hehe..kebanyakkn drama melayu skrg sinopsis lebey kurang sama je kan?? kekadang xyah tengok da tau da pe bakal jadi..hehe..pe2 pun we need to support our entertainment industry....weee..

    ReplyDelete
  45. wah memang blog terbaik nie..hihi...

    cik akak datang klik nuffnang...
    makseh d=sudi singgah blog cik akak

    ReplyDelete
  46. Nice entry! Sbb tu jrg nak tengok drama Melayu ni, extravaganza sgt. Kalau terjebak pun dek kerana mak yg jd penyokong setia..hahaha..

    ReplyDelete
  47. nice info :) thanks for the sharing

    ReplyDelete
  48. sgt menarik..nice info..sy da blogwalking ni...http://smileysasa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  49. I thought it's some sort of Horrow movie or what xD Cause you know, how Malaysia likes to produce horror movie. Pembuat kek & Pegawai Bank.. lol thats hillarious xD
    Ty for sharing, I'll watch it if I will watch it.

    ReplyDelete
  50. mantap brow lanjutkan
    http://thazbhy.blogspot.com/

    ReplyDelete
  51. keren nie brow gaya bahasanya...I LIKE IT

    ReplyDelete
  52. this is very good entry..infact beberapa hari lepas aku ade buat entry yang similiar idea with this cuma tak sedetail macam ko tulis..yes, i agree yang cerita melayu sebenarnya tak berkembang..modal asyik asyik cinta..mungkin tema cinta yang mampu terjual kat malaysia ini...

    Regards,
    -Strider-

    ReplyDelete
  53. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  54. Nice Blog..!!!!

    Mampir di blog ane ya,, http://berbagiuntukkalian.blogspot.com

    Mohon bimbingannya, maklum blogger Pemula

    ReplyDelete
  55. keren sob artiklenya :D
    sadis yang komen :v

    ReplyDelete
  56. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  57. Nice Info Gan hehehe Salam Damai Dari Ane :D

    ReplyDelete
  58. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  59. Let's give a applause to this fellow, guys

    ReplyDelete
  60. Easy. Malays people, if the soap have too much controversies or scandals, complaints are bound to flood in. Some more the conventional views and differences of the Malays’ mindset. Yeah, it makes all the differences.Thinking makes the man. Try comparing Malay soap to other soap drama…Spanish, Korean, Japanese and even Phillipines..Tepuk dada tanya selera. Malays soap tend to be boring, less engaging and less plots. If given choice which would you rather pick?

    It is undeniable that too much gap exist between the above mentioned soaps as compare to Malay soap. Producer need to change and so do scriptwriters. But most importantly society needs to change, be more open-minded towards certain issues. World is rapidly evolving, themes should not be recycled over and over again.. Looking forward to the revolution of Malay soaps in the coming future.

    ReplyDelete
  61. Semua yang diperkatakan itu betul walau bila baca rasa kelakar, lucu. Mindset Melayu kan (ai pun Melayu). I bila tengok drama-drama Melayu ni, especially yang based on novels. Terus ter'imagine' penulis dia. Macam mana la cara penulis dia berfikir. Macam mana imaginasi mereka tentang Cinta (sebab asyik pasal cinta tak sudah-sudah) atau pasal apa sahaja yang diorang letakkan dalam buku diorang la kan. And then orang yang beli cerita mereka untuk dijadikan drama tu satu hal la, agak-agak buku laris terus buat movie sebab nak untung kan. Letak hero-heroin hot sikit .. market lah. Lepas tu yang paling tak leh blah, buat cerita tak study dulu. Ikut sedap je nak tulis, contohnya la, dia ingat senang-senang nak donate mata ke, jantung ke, liver ke, pundi ke, kalau mengancam nyawa sendiri ingat hospital kasi?? tu contoh yang obvious la sebab banyak sangat drama-drama buat camni, dari dulu sampai sekarang ada je drama derma organ bagai ni.

    Compare to foreign soaps kan, diorang yang tulis cerita tu sendiri tu kadang-kadang terdiri daripada doktor-doktor, arkitek, engineer semua, sebab tu dorang punya cerita detail and kita dapat input pulak bila tengok. Tu je la boleh cakap. Kita yang pilih, nak buka minda tengok la cerita yang membuka minda. Ni tak, bila tengok foreign movies ada je nak komen illuminati lah, dajal lah. Jangan la ambil yang negative kan, bukan suruh ikut.

    Enuf meroyan. Kbye.

    ReplyDelete
  62. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  63. Assalamualaikum..Thanks follow... My blog:

    http://worldeddyobby.blogspot.com

    n join my GA

    http://worldeddyobby.blogspot.com/2013/11/first-simple-giveaway-by-amila.html

    thanks.

    ReplyDelete
  64. Nice entry Bro, thanks sebab tepekkan filem Kil tu, x payah aku susah2 pi beli CD haha.
    sebenarnya banyak juga drama bersiri Malaysia yang di luar kotak… contoh terdekat drama untuk kanak-kanak. Planet kiara.. atau Front page, atau Blogger Boy (sekadar menyebut beberapa drama). Malangnya drama-drama sebegini tidak mendapat sambutan. Kita tak boleh salahkan produser… yang patut ditegur adalah ‘taste’ orang kita sebagai penonton. Nak buat mcm mana, dah tue yang orang minat.. tapi pandangan di atas memang ada benarnya, meskipun dia pakai ayat tesis tapi pandangannya boleh menjadi kayu ‘sentap’ buat kita sebagai penonton, penerbit drama atau penulis novel.

    Dalam bebanyak drama tempatan yang aku pernah tengok, aku rasa Ghost Season 1 & 2 oklah. Tapi sayang, berhenti sampai season 2 je. Sape yang tak tengok lagi boleh la cuba cari link download. Itu pun kalau adelah kan.. Drama melayu yang aku tengok sejak dari zaman "Gemersik Kalbu" hinggalah ke "Teduhan Kasih", "Love u Mr.Arrogrant” dan yang terbaru “Suamiku Playboy” ade cliche disenaraikan dibawah:
    1. hero anak orang kaya yg bajet kacak menentang kehendak ibunya.
    2. heroin yg x berapa cantik tapi disukai hero kerana kononnya mmpunyai nilai jati diri.
    3. ibu hero selalunya jahat & x suka dengan pilihan hati si anak.
    4. bapak hero plak x suka perangai ibu tapi sukakan pasangan yg anak die nak tu.
    5. watak antagonis wanita yg minat kat hero biasanye gedik2 dan over
    6. watak lelaki yg gilakan heroin tapi heroin x nak.
    (biasa nya watak 5 dan 6 akan bergabung menentang 1 dan 2)
    7. watak mentua yg kaya raya, harta bilion2 tapi rumah biasa je aku tgk dalam set. Syarikatnye entah bisnes apa pon x jelas. Bila bincang pasal bisnes mesti shots laju2 atau ade background lagu no script. Bandingkan dgn cerita ER yg jika kita tgk boleh belajar macam2 terma medic, LA Law yg kalau kita tgk boleh belajar perjalanan hidup dan kerjaya seorang lawyer.

    Jalan cerita Drama Melayu pula :
    Hero lelaki selalunya dipaksa kawin dgn seseorang yg dia x minat. Ibu dia nak kawinkan dgn anak org tu sebab nak harta atau mengawal bisnes biasanya melalui anaknya.
    Hero pulak terjumpa heroin terus nak kawin. Bapa hero selalunya jenis cool.. Bila berbual mereka mesti ada kat meja makan, tak kira la meja makan di restoren atau di rumah, janji ade makanan atas meja. Selalunya kalau bapak org kaya je x lain x bukan si Mustapha Kamal lah pelakonnya.. scene die pulak selalunya time makan, untongler..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju 120% dengan pendapat kau bro, best movie KIL ni patutlah banyak menang awards :)

      Delete
  65. sadis amat broe judulnya...., nice post broe

    ReplyDelete
  66. Thanks for all the Comments & Tahniah buat Movie KIL
    sebab menang BESAR dalam Anugerah Skrin 2013 ! XD

    Dalam Kategori :
    Filem Terbaik : KIL
    Pengarah Terbaik : Nik Amir Mustapha
    Lakon Layar (skrip) Terbaik : Nik Amir Mustapha
    Pelakon Wanita Terbaik : Christina Suzanne

    ReplyDelete
  67. bukan tak suka citer melayu, tp citer melayu ni pusing-pusing sama je.. balik2 citer more to love.. tp citer KIL ni mmg terbaik la.. lain dari yg lain.. citer-citer macam ni kurang dpt smbutan sebab rakyat Malaysia selalu disuap dengan cerita cinta2.. cerita yg telalu keMalaysiaan.. maksud aku, benda yg lumrah jadi dekat Malaysia.. bagus tu bagus tp da boleh baca apa akan jadi.. berbanding citer luar negara, semua org dpt lihat perbezaan.. contoh macam drama Korea (aku bukan fanatik dgn korea), tp aku suka dengan cara diorg buat filem.. aku admire dengan drama diorg yg BUKAN pasal cinta.. idea diorang simple, tp cara mereka smpaikan tu terbaik.. contoh dlm 1 drama mereka pasal seorang pengarah tu dibuang keje sbb de org dgki tapi dia berusaha untuk berjaya.. simple tp cara dia smpaikan dlm 19 episode tu, mesej dn kehidupan diorg memang tbaik.. setiap org ada citarasa dan pilihan masing2.. tp hope sangat pengarah Malaysia buat citer yg macam KIL ni..

    ReplyDelete
  68. hye.. nice entry..memg kbanyakan filem/drama melayu pattern dye lbih kurg same je...hope pihak yg bkepentingan nie pkir cre terbaek utk menaikkan nama malaysia dl pembuatan filem/drama.. :)

    ReplyDelete
  69. nice entry..betul,kadang2 fikir dua tiga kali kalau nak tgk movie melayu dekat pawagam..dan akhirnya akan pilih cerita mat saleh sebab jalan cerita lagi luas and tak merapu macam cerita2 melayu kita..pernah lah invest tgk cerita melayu dan akhirnya menyesal cerita macam tak sampai dekat jiwa..selalu set dalam otak jangan tgk cerita melayu dekat pawagam sbb nnt confirm dia akan keluar dekat tv..sekian..

    ReplyDelete
  70. moga filem malaysia terus maju...follow done...

    ReplyDelete
  71. Rasanya sebab kebanyakkan masyarakat kat malaysia ni lagi suka filem yang santai dan tak payah banyak fikir kot. Sebab tu kalau tengok pun plot dia sama je kalau nak kata mencabar minda nak faham cerita tu tak la sangat. Macam mana pun aku dalam usaha nak buat produksi filem sendiri. InsyaAllah.. nak buat kelainan. =)

    ReplyDelete
  72. Tp sy jarang tgk cerita movie melayu..bukan tak suka tp dh boleh agak jalan cerita dan endingnya^_^ ...Followed

    http://cksabihah.blogspot.com/2013/12/cabutan-bertuah-untuk.html

    ReplyDelete
  73. Hahah this is how a review suppost to be like, with 100++ comments xD
    Where are you bro? Update your blog now :P

    ReplyDelete
  74. i have to admit. mmg filem KIL filem tempatan terbaik aku pnh tgk. berbanding filem2 lain yang hanya berpandukan cinta, emosi dan seram, lawak bodoh dan..err..benda sama. takda kelainan. cinta cinta cinta..

    and.. aku pun tak pernah sekali pun tgk cerita tempatan terutamanya cerita melayu di wayang. Mungkin sebab kualiti dan jalan penceritaan dia kurang menarik perhatian aku.

    just opinion. no offense. :)

    ReplyDelete
  75. wow ! hebatnya entry.hehe. thnk you for sharing bor :D

    ReplyDelete
  76. salam...da follow..terima ksih sudi join segmen "i will follow you" by Syira Lokman.
    Tolong follow peserta lain juga ye? tunggu juga keputusan 3 blog yang akan direview :) tq !

    ReplyDelete
  77. Nice gan. Ini Bisa buat Barometer semua Movie yang Akan tayang...

    ReplyDelete
  78. Review yang bagus. Keep it up the good work.

    ReplyDelete
  79. dibakar aja gan cd nya wkwkwkwk,nice artikel nya gan

    ReplyDelete
  80. Artikel yang menarik gan... keep sharing to another one.....
    Salam kenal

    ReplyDelete
  81. Hehehehe boleh boleh.

    ReplyDelete
  82. wah begitu yah, nice posting, bahasanya mudah dipahami dan tidak berbelit, keep sharing bro :)

    ReplyDelete
  83. Great Sharing and Info !
    http://macamblogjerr.blogspot.com/

    ReplyDelete
  84. http://cikfafasweet98.blogspot.com/2013/12/congratulation-pemenang-segmen-fsm-fbb.html

    Assalamualaikum.
    Memang cerita melayu ni jenis yang sama je. Balik2 pusing benda yang sama. Btw, tahniah pemenang segmen XD Duh malu pulak komen sini semata-mata nak cakap benda ni je T.T

    ReplyDelete
  85. bagusnya sharing info gini :)

    http://www.airis-arissa.blogspot.com/

    ReplyDelete
  86. Nice entry. Senyum-2 baca :D

    done follow.

    Get well soon Kyle Kesha :)

    http://aboutepiy.blogspot.com

    ReplyDelete
  87. bg aku, bleh dikatakan hanya 10% filem melayu yg betul2 berkualiti. contoh mcam filem kil ni lah. ade kelainan. tapi filem yg aku paling respect skali KL Gangster. sebab filem KL Gangster pencetus kepada filem2 gangster yg lain yg tetiba tumbuh bgai cendawan yg tumbuh slepas hujan. tapi malangnye filem2 gangster mejoritinya hambar. sebab? tak cukup modal kot. hehe sesuke hati je.. tapi aku rase memang betulpun. :)
    drama2 melayu plak tak abis2 disogokkan dgn kahwin pakse, kmalangan pastu insaf, mak bapak tak restu, cinta antara dua darjat, itu je lah yg dimainkan. sies bosan! tapi tak taulah kenape masih banyak fan untuk sesebuah drama tu. maybe sebab masyarakat melayu sendiri yg kemaruk dgn cinta, emosi ni bagai. huh! what ever!
    oh ya, lagi satu filem melayu kite dah pandai taruk babak2 panas. puuiihh!! drama plak dok tayang kol 7 sampailah kol 8 malam. sedar tak melayu merosakkan melayu?? konon memperjuangkan islam. pi raaa...

    ReplyDelete
  88. salam singgah sini melawat.hmm saie lame da tak tgok wayng..ade dekat 6 7 taon..tv pown da lame tak tgok..umie tak bg tgok..hee ..gud luck for contest I follow syiraLokman

    ReplyDelete
  89. salam singgah sini melawat.hmm saie lame da tak tgok wayng..ade dekat 6 7 taon..tv pown da lame tak tgok..umie tak bg tgok..hee ..gud luck for contest I follow syiraLokman

    ReplyDelete
  90. Baru dapat layan.. terbaiklah movie ni! :)

    ReplyDelete
  91. Filem KIL memangvawesome.Best.Lain daripada yang lain.Biasanya kalau tgok cerita melayu dah dapat tahu jalan cerita dia tapi filem KIL memang tak expect ah ending dia camtu. Kisah cinta dieorang pun sempoi je.First time aku puji Filem Melayu ni.Pengarah2 Malaysia patut mempelbagaikan genre filem.Jangan lah asyik cinta,dengki ngan gangster2 je.

    ReplyDelete
  92. Nice entri bro, aku sangat suka dengan review yang ko buat, btw, skrg kan bnyk adaptasi cerita Melayu daripada novel, aku suka kalau mereka amik novel2 Ramlee Awang Murshid (novelis thriller no 1 Malaysia) buat cerita, cerita2 dia sangat lain daripada yang lain dan kalau buat filem tentu boleh box office sebab peminat dia ramai sangat2...kalau kau pernah baca kronologi Bagaikan Puteri kau akan tahu betapa hebatnya novel tu kalau mampu dibuat filem..huhu!!!

    ReplyDelete
  93. nice one. tapi apa pun malaysia still kena upgrade cara kita hasilkan filem untuk pastukan industri filem kita terbaikk!! dah jalan2 dan follow sini. jemput singgah blog meza dan follow back oke. ^^

    ReplyDelete
  94. saya mencari movie kil.. Nak tengok semula.. kat mana ya boleh dapatkan?

    ReplyDelete
  95. saya mencari movie kil.. Nak tengok semula.. kat mana ya boleh dapatkan?

    ReplyDelete